Seminar Promosi Khas mengenai Persijilan Kemahiran Malaysia Kepada Pengetua-pengetua Sekolah Menengah di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah diadakan pada 28 Julai 2011 yang lepas dan dihadiri oleh seramai 70 orang Pengetua ataupun wakil pengetua Sekolah Menengah sekitar Wilayah Persekutuan. Sumbangan foto dari En. Mohd Junaidi bin Othman.
Gambar 1: Guru-guru bergambar kenangan setelah selesai seminar Gambar 2: Semasa seminar berlangsung.
Seminar ini bertujuan memberi pendedahan kepada mereka berkenaan Persijilan Kemahiran dan senario perkembangan Sistem Latihan Kemahiran yang dikelolakan oleh Institusi Latihan Kemahiran Awam di Malaysia. Di antara isi kandungan seminar adalah Taklimat berkenaan Promosi ILPKL dan Program 1Malaysia yang disampaikan oleh Timbalan Pengarah Pengurusan Sumber, En Romales bin Ramli, Taklimat Promosi IKBN dari Kementerian Belia dan Sukan, Taklimat Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia (SKM) dan Taklimat Program Pentauliahan Pencapaian Terdahulu (PPT) dan Direktori Pakar Negara oleh wakil dari Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK). Seminar ini tamat pada pukul 1.00 tengahari.
Institut Latihan Perindustrian Kuala Lumpur Jabatan Tenaga Manusia Kementerian Sumber Manusia Jalan Kuchai Lama 58200 Kuala Lumpur
03-7981 7495 / 7496 03-7983 2987
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.