ms Bahasa Melayu en English

Advance Technology College (ADTEC) JTM Kampus Kuala Lumpur @ Institut Latihan Perindustrian Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM) menawarkan program latihan kursus kemahiran teknikal vokasional, Sijil Kemahiran Malaysia (SKM), Diploma Kemahiran Malaysia (DKM), kursus jangka pendek separuh masa bidang teknologi kejuruteraan penyelenggaraan mekanikal, pemesinan, kimpalan arka gas, automotif, pendawaian elektrik, elektronik, komputer, percetakan, grafik, penyejukbekuan penyamanan udara. Rujuk senarai syarat kelayakan ditawarkan dan daftar borang permohonan kemasukan ILP.

  • Utama
  • Profile
    • Pengenalan Institut
    • Perutusan Pengarah
    • Misi, Visi & Objektif
    • Piagam Pelanggan
      • Janji Kami
      • Pencapaian Kami
    • Dasar & Objektif Kualiti
    • Logo dan Bendera Rasmi
      • Logo & Pengertian
      • Bendera Rasmi
    • Lokasi Kami
      • Peta Lokasi
      • Peta Kawasan
  • Organisasi
    • Carta Organisasi
    • Jabatan Mekanikal
    • Jabatan Elektrik, Komputer & Percetakan
    • Jabatan Pengajian Am
    • Jabatan Pengurusan Sumber
      • Bahagian Pusat Sumber & Multimedia
      • Bahagian Pengurusan Pelajar & Latihan
      • Bahagian Kawalan Kualiti & Latihan
      • Bahagian Pembangunan & Penyelenggaraan Aset
      • Bahagian Community and Employment Support Service
        • Unit Jaringan dan Kerjasama
        • Unit Pemasaran & Penerbitan
        • Life Long Learning
        • Unit Sokongan Industri Dan Kebolehkerjaan
    • Bahagian Pentadbiran & Kewangan
  • Program
    • Program Sepenuh Masa
      • Senarai Program
      • Panduan Kemasukan
    • Program Jangka Pendek
      • Pengenalan Program
      • Senarai Program
      • Cara Memohon
  • Kemudahan
    • Penginapan & Asrama
    • Dewan Kuliah Utama
    • Dewan Serbaguna
    • Perpustakaan
    • Dewan Makan
    • Sukan & Riadah
    • Pengangkutan
    • Surau Jumaat
    • Kedai Serbaneka BKSK
    • Internet & WiFi
  • Hubungi
    • Pegawai Maklumat
    • Direktori Pegawai
    • Carian Direktori Pegawai
  • ilpKLEMS

Pelawat

Gerbang Informasi Pelawat.

Bakal Pelajar

Gerbang Informasi Bakal Pelajar.

Pelajar

Gerbang Informasi Pelajar.

Kakitangan

Gerbang Informasi Kakitangan.

Makluman Terkini

Seminar Solar Kebangsaan Anjuran ILP Kuala Lumpur

Kategori: Berita / Aktiviti Semasa Dicipta: 23 April 2014 Terakhir dikemaskini: Selasa, 05 Mei 2015 22:31
  • Cetak
  • Emel

Seminar Teknologi Solar Kebangsaan 2014 diadakan bertujuan agar pemindahan dan perkongsian teknologi antara syarikat atau kontraktor elektrikal dan pengendali pusat latihan kemahiran serta pengajar ILJTM dapat dilaksanakan. Pemindahan dan perkongsian teknologi ini adalah berkaitan dengan pembangunan serta kemajuan teknologi hijau iaitu teknologi solar.

Di Malaysia kini, Teknologi solar telah mula menjadi sebuah peluang perniagaan dimana, banyak ladang-ladang solar telah mula tumbuh bagaikan cendawan. Salah sebuah ladang solar yang terdapat di Malaysia adalah Ladang Solar Melaka. Projek yang dibangunkan oleh Kumpulan Melaka Berhad (KMB) dan dimiliki sepenuhnya oleh Chief Minister Incoparated, terletak hanya bersebelahan dengan kilang pemprosesan sel solar PV terkemuka negara iaitu AOU-Sunpower Sdn. Bhd.Ladang Solar ini dibina diatas kawasan seluas 7248.43 hektar dan mampu menjana elektrik sebanyak 5MW.

Terdapat 4 objektif seminar yang telah dikenalpasti iaitu pertamanya sebagai salah satu cara untuk mendedahkan kepentingan teknologi hijau dalam kehidupan semesta alam terutamanya bagi tenaga yang boleh diperbaharui (renew energy) iaitu tenaga solar melalui pemindahan ilmu, perkongsian pengetahuan, pengalaman dan idea antara pakar-pakar industri.

Kedua, melahirkan tenaga mahir yang berpengetahuan luas serta berkemahiran tinggi dalam bidang teknologi solar.

Ketiga, mewujudkan kesedaran di antara pengguna dan pihak industri mengenai kepentingan aplikasi teknologi solar dalam menangani isu-isu mengenai perubahan iklim dan alam sekitar di samping mempromosikan kemajuan produk-produk teknologi solar.

Dan yang terakhir sekali ialah menjalin kerjasama antara ILJTM dengan pakar-pakar industri teknologi solar untuk memperkenalkan ILJTM serta menambah kebolehpasaran graduan ILJTM di dalam bidang teknologi solar.

Seminar setengah hari ini akan diadakan pada 15 Mei 2014 bertempat di Institut Latihan Perindustrian Kuala Lumpur, Jalan Kuchai Lama. Majlis perasmian penutup dan penyampaian sijil akan dilakukan oleh YB Dato’ Saripuddin B. Kasim, Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia. Bayaran atau yuran penyertaan adalah percuma. Selain dari itu, ruang pameran dibuka kepada syarikat-syarikat dalam industri solar dan pengendali-pengendali pusat latihan untuk mempamerkan dan memberi pembelajaran secara tidak langsung mengenai pencapaian dan kemajuan teknologi solar kepada peserta. Yuran bagi pameran pula akan dikenakan sebanyak RM100/agensi.

Kumpulan sasaran bagi program ini adalah dikalangan Kontraktor-kontraktor dari syarikat elektrikal,Pengendali-pengendali pusat latihan (ILKA, ILKS dan IPTA), Pengajar-pengajar, pelajar-pelajar dan Agensi-agensi kerajaan yang terlibat dalam teknologi solar. Dijangkakan seramai 300 orang peserta dari pelbagai kategori ini akan menyertai program ini.

Tema seminar Solar pada kali ini adalah “Ke Arah Kelestarian Alam” yang memberi maksud kepada menuju mengekalkan keaslian alam sekitar Tujuan kelestarian alam adalah untuk mengekalkan alam sekitar bagi mewujudkan suasana yang harmoni dan produktif bagi memenuhi keperluan sosial, ekonomi untuk generasi masa kini dan masa hadapan dimana kesejahteraan hidup bergantung sama ada secara langsung atau pun tidak langsung terhadap alam semula jadi. Untuk mengelakkan alam daripada terus tercemar, penggunaan tenaga solar yang mesra alam adalah amat digalakkan. Penggunaannya dapat membantu dalam memelihara alam dan menjamin kehidupan yang labih baik.

Tajuk-tajuk pembentangan yang akan dibentangkan adalah seperti berikut :

PEMBENTANGAN 1

“Halatuju & Peluang Masa Hadapan Industri Solar Photovoltaic.

PEMBENTANGAN 2

“Tenaga Solar Penjana Pendapatan Yang Mesra Alam Semulajadi

PEMBENTANGAN 3

“Rekabentuk & Pemasangan Sistem Solar Photovolatic

PEMBENTANGAN 4

“Cabaran Pelaksanaan Transformasi Tenaga Baru di Malaysia

Sebarang pertanyaan sila hubungi di talian : 03–79817495/6 atau di laman sesawang www.ilpkl.gov.my, www.jtm.gov.my atau email di Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

  1. Backdrop Seminar Solar
  2. Bunner Seminar Solar
  3. Bunting Seminar Solar
  4. Flyer Seminar Solar

 

Berita / Aktiviti

  • PROGRAM PERKONGSIAN TEKNOLOGI SIMULASI AR/VR TERKINI DI ADTEC JTM KAMPUS KUALA LUMPUR
  • ADTEC JTM Kampus Kuala Lumpur menyertai Karnival Pendidikan
  • Warga ADTEC JTM Kampus Kuala Lumpur terus mengamalkan gaya hidup sihat
  • BANTU KAMI MENGESAN ALUMNI ITIKL / ILPKL / ADTEC KL 1964 - 2025
  • Perhimpunan Pelajar Sempena Bulan Kebangsaan 2026
  • Sertai Kursus Hujung Minggu ADTEC JTM Kampus Kuala Lumpur
  • Majlis Penyerahan Surat Pelantikan Ustaz Tahfiz
  • Program TVET Tahfiz mendapat liputan akhbar Kosmo!
  • Majlis Punch Out Encik Mohd Junaidi
  • Ucapan Selamat Bersara kepada En.Mohd Junaidi bin Othman.

Di Mana Kami?

ADTEC JTM Kampus Kuala Lumpur @ILPKL
Jabatan Tenaga Manusia
Kementerian Sumber Manusia
Jalan Kuchai Lama
58200 Kuala Lumpur

 03-7981 7495 / 7496
 03-7983 2987

 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

  • Laman Utama
  • Berita / Aktiviti
  • Emel Rasmi ILPKL
Audiografi
Fotografi
Videografi
Penerbitan
Pekeliling@JTM
Keratan Akhbar
Arkib Berita
Statistik
KSM
JTM
JobMalaysia
JPK
SkillsMalaysia
PTPK
UPU
MQA
MyIdeas
BPA
IIM
MSC
MDEC
MySMS
MyGOV
digital

e-Penyertaan

  • Polisi e-Penyertaan
  • Dasar Terbuka Kerajaan
  • Terma Penggunaan Data Terbuka Kerajaan
  • Data Dictionary Sektor Awam (DDSA)
  • Perlindungan Data Peribadi
  • Soal Selidik

Aplikasi Atas Talian

  • Permohonan Kursus Jangka Pendek
  • ILPKL Event Management System (ilpKLEMS)
  • Permohonan Program Kerjasama PSMB
  • Edaran Keputusan Peperiksaan Pelajar
  • Permohonan Kemasukan ILJTM
  • Semakan Permohonan ILJTM
  • Semakan Temuduga ILJTM
  • Keputusan Peperiksaan Akhir ILJTM
  • Keputusan Peperiksaan ST
  • Kajian Pengesanan Kebolehkerjaan (eTOS)

Tags Popular

Anything in here will be replaced on browsers that support the canvas element

  • Aktiviti Terkini
  • Makluman Semasa
  • Statistik
  • Program Sepenuh Masa
  • Pengumuman
  • Sebut Harga
  • Maklumat Korporat
  • Penerbitan
  • Program Separuh Masa
  • Infomasi ILPKL
  • Pekeliling
  • Videoagrafi
  • e-Penyertaan
  • Audiografi
  • Perkhidmatan Kami
  • Galeri
  • Peluang Kerjaya
  • Penafian
  • Notis Hak Cipta
  • Dasar Privasi
  • Dasar Keselamatan
  • Terma & Syarat
  • Soalan Lazim
  • Peta Laman
  • Versi Mobile

Jumlah Pelawat Hari Ini: 71 | Minggu Ini: 534 | Bulan Ini: 652 | Keseluruhan: 15122200

  • Kemaskini Pada : Ahad 09 Ogos 2026, 13:48:11.
Hak Cipta Terpelihara © ADTEC JTM KAMPUS KL @ ILPKL 2015-2026. Reka bentuk khas untuk ILP Kuala Lumpur
Berita / Aktiviti