Sukacita dimaklumkan senarai projek yang berjaya ke peringkat seterusnya bagi Pertandingan Kreativiti & Inovasi – CITEC Tahun 2015 telah dikemaskini didalam sistem CITEC. Pemilihan projek adalah berdasarkan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal CITEC yang telah diadakan pada 11 Ogos 2015 yang lalu. Peserta boleh membuat semakan melalui laman web berikut bagi senarai projek yang telah terpilih.
Semakan Projek CITEC 2015
Para peserta adalah dimohon untuk mengemaskini maklumat rekacipta didalam sistem termasuk keperluan pameran, gambar, synopsis serta keperluan lain sebelum 20 Ogos 2015. Senarai peserta yang mewakili ILP Kuala Lumpur pada pertandingan ini adalah seperti berikut.
Tajuk Projek Inovasi | Kategori | Bidang |
Student Smart Card System (SSCS) | Pelajar | Perisian / Perkakasan / Sistem Teknologi Maklumat & Komunikasi (ICT) |
KINETIC BOOSTER BICYCLE | Pelajar | Mekanikal / Perkhidmatan Kejuruteraan |
Fire alarm and secure windows grill | Pelajar | Elektrikal / Elektronik |
Kids Security Accessories (KSA) | Pelajar | Elektrikal / Elektronik |
Smart Chicken Roaster with Solar | Pelajar | Elektrikal / Elektronik |