Sukacita dimaklumkan bahawa Komuniti Cawangan Seputeh, akan mengadakan Sukaneka Sempena Hari Wilayah Persekutuan yang ke 35 di ILPKL pada 14 Mac 2009 bermula jam 7.30 pagi bertempat di ILPKL. Ianya akan dirasmikan oleh Pengarah ILPKL. Berbagai acara disediakan seperti senamrobik, sukaneka, pameran dan pemeriksaan kesihatan.Semua kakitangan ILPKL adalah dijemput hadir untuk bersama-sama memeriahkan lagi program tersebut.