Seramai 3 pelajar NITP daripada bahagian automotif telah dipilih mewakili ILPKL dalam pertandingan Johan Kemahiran Malaysia (PJKM) Peringkat Kebangsaan ke 18 yang diadakan di Alor Setar Kedah bermula daripada 8 mei 2008 hingga 11 mei 2008. Pelajar yang terbabit ialah Reshal Forzad b. Ramli ,Iskandar b. Zul Alamin dan Mohd Zakwan b. Abu Hassan. Pelajar-pelajar tersebut dipilih oleh penyelia NITP Hj. Yusof b. Suboh kriteria pemilihan berdasarkan minat dan kemahiran mereka. Mereka dilatih dan dibimbing oleh Pengajar Raja Zaidi Raja Husain.Menurut En,Raja Zaidi pelajar-pelajar tersebut telah menjalani latihan tubi sejak beberapa minggu yang lalu di bengkel .
Dalam pertandingan tersebut wakil ILPKL telah memperolehi tempat ke dua menerusi Reshal Forzad b. Ramli .Beliau membawa pulang sebuah piala, sijil dan wang tunai RM500.00.Taniah pada saudara Reshal kepada yang tidak berjaya jangan berputus asa cuba lagi dilain masa.Dalam pertandingan tersebut peserta dari TOC telah mendapat tempat pertama sementara wakil JTM lain yang berjaya adalah daripada CIAST menduduki ditempat ke 6.
Institut Latihan Perindustrian Kuala Lumpur Jabatan Tenaga Manusia Kementerian Sumber Manusia Jalan Kuchai Lama 58200 Kuala Lumpur
03-7981 7495 / 7496 03-7983 2987
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.