Merujuk kepada Memo daripada PP(BPPA) bertarikh 29 Julai 2013, satu Taklimat berkenaan persediaan penerimaan Tender Peralatan Latihan ILP Kuala Lumpur Tahun 2013-2014 akan diadakan pada:
Tarikh: 1 Ogos 2013
Masa: 11.15 pagi
Tempat: Bilik Mesyuarat Utama ILPKL
Mesyuarat ini diadakan bagi membincangkan tentang senarai peralatan yang akan diterima, tatacara prosedur dan carta alir penerimaan peralatan, penggunaan borang-borang berkaitan dan tugas-tugas serta tanggungjawab pegawai tauliah yang telah dilantik seperti di Lampiran A memo tersebut. Sebarang pertanyaan berkenaan perkara ini bolehlah berhubung terus dengan bahagian BPPA di talian 122. Sekian harap maklum.