Pada 15 Ogos 2018 Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kuala Lumpur memenuhi jemputan Cawangan Kerjaya dan Pendidikan Atlet, Majlis Sukan Negara untuk menyampaikan Taklimat Latihan dan Kerjaya Pendidikan Teknikal dan Vokasional (TVET) kepada atlet-atlet negara.
Tujuan taklimat ini adalah untuk memberi pendedahan dan panduan mengenai latihan atau pendidikan kemahiran. Hadir sama dalam taklimat ini adalah Institut Latihan Kementerian Belia Dan Sukan (ILKBS) dan GiatMara. Taklimat ini disampaikan oleh En Zahari bin Jusoh, Timbalan Pengarah Pengurusan Latihan (TPPL) bagi mewakili ILP Kuala Lumpur.
Taklimat Latihan Dan Kerjaya TVET Di Majlis Sukan Negara