Jabatan Tenaga Manusia (JTM) mempelawa kepada semua pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang masih belum mempunyai tempat melanjutkan pengajian untuk memohon kemasukan ke Program TVET peringkat Sijil (SKM 2/3) di Institut Latihan Perindustrian Kuala Lumpur (ILPKL). Pengambilan Khas menerusi UJIAN KECENDERUNGAN KEMAHIRAN (UKK) ini bagi kemasukan sesi JULAI 2018 dan dibuka sehingga 30 OGOS 2018.
TEKNOLOGI PEMBUATAN (PEMESINAN)
SYARAT-SYARAT KEMASUKAN
Warganegara Malaysia;
Berumur 17 hingga 35 tahun;
Boleh membaca, menulis dan mengira; dan
Lulus Ujian Kecenderungan Kemahiran (UKK) yang akan dilaksanakan di ILP Kuala Lumpur.
KELEBIHAN PENYERTAAN
Tiada yuran pengajian (100% tajaan);
Asrama dan makan disediakan sepanjang tempoh latihan di ILPKL;
Elaun bulanan disediakan; dan
Pelatih akan diaugerahkan dengan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dan 3 selepas tamat pengajian.
Sila hubungi Bahagian Pengurusan Pelajar dan Latihan, Tel : 03-7981 7495 ext: 126/124 Emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Institut Latihan Perindustrian Kuala Lumpur Jabatan Tenaga Manusia Kementerian Sumber Manusia Jalan Kuchai Lama 58200 Kuala Lumpur
03-7981 7495 / 7496 03-7983 2987
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.