Pihak Institut Latihan Perindustrian Kuala Lumpur (ILPKL) mempelawa kepada Guru Pelatih yang berminat untuk menjalankan Program Latihan Mengajar di Institut kami bagi sesi latihan 2/2016 bermula Julai hingga Disember. Subjek-subjek yang ditawarkan adalah Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Pendidikan Islam. Sila hubungi Bahagian Hubungan Industri dan Komunikasi Korporat (HIKK) di talian 03-7981 7495/96 sambungan 156 untuk pertanyaan dan maklumat lanjut.
Calon-calon yang berminat perlu membuat permohonan secara bertulis dengan gambar berukuran passport, salinan kad pengenalan serta sijil-sijil berkaitan yang telah DISAHKAN BENAR dan dihantar ke alamat berikut:
Pengarah
Institut Latihan Perindustrian Kuala Lumpur
Jalan Kuchai Lama
58200 Kuala Lumpur
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur