Merujuk kepada Memo JTM/PKSM/01/613 JLD.5 (59) dan ILP/KL/100/600-3/1(32), adalah dimaklumkan tempoh had tangguh bagi pelajar yang menangguhkan latihan atas faktor kesihatan dan kemalangan telah ditetapkan maksima selama empat (4) semester sahaja. Jika sekiranya, tempoh tangguh telah melepasi had tempoh tersebut, pelajar berkenaan perlu memohon semula bagi memasuki kursus tersebut. Perlaksanaan bagi had tempoh tangguh ini adalah berkuatkuasa serta-merta bagi mana-mana pelajar sedia ada termasuk pelajar yang sedang menjalani tempoh tangguh.