Cawangan Teknologi Maklumat, Jabatan Tenaga Manusia sedang menganjurkan Pertandingan Video Terbaik Jabatan Tenaga Manusia, Kementerian Sumber Manusia bagi Tahun 2015. Penyertaan adalah terdiri daripada Institusi Latihan Perindustrian Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM).
Pertandingan ini bertujuan untuk menyerlahkan kreativiti dan inovasi warga Institusi Latihan Perindustrian Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM) di samping memantapkan daya saing dan kerja di kalangan warga ILJTM, bersesuaian dengan tema pertandingan "KREATIVITI PENCETUS INOVASI PEMANGKIN PRODUKTIVITI".
Sebanyak 3 video yang telah terpilih ke peringkat akhir untuk dinilai dan salah satu video bakal dipilih sebagai Video Terbaik JTM 2015. Keputusan pertandingan akan diumumkan semasa Karnival Teknologi JTM 2015. Mohon tuan/puan untuk "Like" video yang disukai pada pautan yang tertera seperti berikut.
Undian Video Terbaik JTM 2015
Undian boleh dibuat sehingga 19 Ogos 2015. Tuan/Puan dijemput untuk menyokong karya warga ILJTM di dalam mempromosi JTM kepada seluruh rakyat Malaysia dengan "LIKE" halaman tersebut dan mewar-warkan kepada kenalan dan sahabat handai untuk turut sama menyertai undian tersebut.