ADTEC JTM Kampus Kuala Lumpur dilengkapi dengan sebuah Dewan Kuliah Utama yang boleh memuatkan sehingga 300 orang. Ia digunakan untuk program/aktiviti anjuran ADTEC JTM Kampus Kuala Lumpur sendiri mahupun agensi luar sepanjang tahun. Dewan ini turut digunakan sebagai tempat penyampaian taklimat/maklumat berkaitan ADTEC JTM Kampus Kuala Lumpur kepada tetamu Institut yang membuat permohonan lawatan secara rasmi. Dewan ini disertakan kemudahan penghawa dingin, bilik VVIP, ruang makan berhawa dingin dan peralatan P.A. System.
Dewan makan merupakan salah satu prasarana yang paling penting. Tempat ini digunakan oleh pelajar asrama untuk mengambil makanan dan makan di tempat yang disediakan. Dewan makan ini terdapat tempat makan terbuka yang boleh menampung 300 orang dalam satu-satu masa. Suasana dan keadaannya yang saban hari semakin ceria dan bertambah seri memberikan keselesaan serta kepuasan dalam diri setiap pelajar.
Pertembungan pelbagai budaya dari pelbagai kaum di ADTEC JTM Kampus Kuala Lumpur, menjadikan Institut ini kaya dengan pelbagai jenis makanan yang menyelerakan. Untuk memenuhi tuntutan seharian, kafetaria turut disediakan bagi pelajar dan kakitangan untuk menjamu selera dengan pelbagai juadah bermula dari pagi sehingga malam. Terdapat satu kafeteria di ADTEC JTM Kampus Kuala Lumpur untuk pelajar dan kakitangan. Kafetaria tersebut senantiasa dipantau kawalan kualiti penyediaan makanannya serta harga yang berpatutan. Kafeteria ADTEC JTM Kampus Kuala Lumpur menyediakan pelbagai pilihan makanan tradisional yang pelbagai untuk semua warga Institut.
ADTEC JTM Kampus Kuala Lumpur @ILPKL Jabatan Tenaga Manusia Kementerian Sumber Manusia Jalan Kuchai Lama 58200 Kuala Lumpur
03-7981 7495 / 7496 03-7983 2987
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.