Bahagian Kawalan Kualiti & Latihan ADTEC JTM Kampus Kuala Lumpur, berperanan menyelia dan mengawal mutu latihan yang dijalankan di institut, agar ianya selaras dengan piawaian yang ditetapkan oleh pihak Jabatan Tenaga Manusia. Selain itu, bahagian ini juga berperanan menyediakan pembangunan bahan latihan / panduan pembelajaran dan pengajar supaya latihan berjalan lancar dan dapat melahirkan tenaga mahir yang berketrampilan.
FUNGSI:
FUNGSI
Menguruskan persijilan pelajar dan pusat bertauliah dalam melaksanakan Sistem Penilaian Berterusan dan Persijilan Kemahiran Malaysia.
Menyelaras aktiviti Business Plan di peringkat ILP Kuala Lumpur.
Menguruskan pendaftaran Pusat pentauliahan bagi ADTEC JTM Kampus Kuala Lumpur.
Merangka rekabentuk dan pembangunan kurikulum latihan.
Menyelaras Jawatankuasa Penasihat peringkat Institut dalam pelaksanaan Persijilan Kemahiran Malaysia.
Melaksanakan kerja-kerja penyelidikan dan pembangunan latihan vokasional di peringkat Institut.
Menyelaras Perlaksanaan CGPA.
Menyelaras KAWALAN DOKUMEN DAN PERLAKSANAAN MS ISO 9001:2000.
Mengawal mutu dan kawalan latihan mengikut standard NOSS/ Silibus ILJTM.
Memastikan Pensijilan bagi kursus yang dijalankan mengikut keperluan industri untuk tujuan peningkatan kemahiran tenaga kerja sedia ada.
Memastikan Persijilan bagi kursus yang di jalankan mengikut piawaian kemahiran kebangsaan (SKM, Suruhanjaya Tenaga, dan CIDB)
Menentukan dan menetapkan kursus-kursus modular, Customized dan jangka pendek mengikut keperluan industri untuk tujuan peningkatan kemahiran Tenaga kerja sedia ada
Membangun, menilai, menyelaras dan Mengembangkan kurikulum Latihan kemahiran pengajar.
Menyelaras, mengenalpasti dan membangun kemahiran Tenaga Pengajar untuk bidang-bidang yang baru.
Menyedia, menyelaras dan mengawal selia pengunaan Learning Guide, Written Instructional Material (WIM), Teaching Material dan Teaching Aids.
Penyelarasan Jadual Peperiksaan
Penyelarasan Lawatan Naziran & PPL
Merekod Keputusan Penilaian & Peperiksaan
Menyelaras dan mengawal standard soalan dan kaedah penilaian
ADTEC JTM Kampus Kuala Lumpur @ILPKL Jabatan Tenaga Manusia Kementerian Sumber Manusia Jalan Kuchai Lama 58200 Kuala Lumpur
03-7981 7495 / 7496 03-7983 2987
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.