Dewan makan merupakan salah satu prasarana yang paling penting. Tempat ini digunakan oleh pelajar asrama untuk mengambil makanan dan makan di tempat yang disediakan. Dewan makan ini terdapat tempat makan terbuka yang boleh menampung 300 orang dalam satu-satu masa. Suasana dan keadaannya yang saban hari semakin ceria dan bertambah seri memberikan keselesaan serta kepuasan dalam diri setiap pelajar.
Pertembungan pelbagai budaya dari pelbagai kaum di ILP Kuala Lumpur, menjadikan Institut ini kaya dengan pelbagai jenis makanan yang menyelerakan. Untuk memenuhi tuntutan seharian, kafetaria turut disediakan bagi pelajar dan kakitangan untuk menjamu selera dengan pelbagai juadah bermula dari pagi sehingga malam. Terdapat satu kafeteria di ILP Kuala Lumpur untuk pelajar dan kakitangan. Kafetaria tersebut senantiasa dipantau kawalan kualiti penyediaan makanannya serta harga yang berpatutan. Kafeteria ILP Kuala Lumpur menyediakan pelbagai pilihan makanan tradisional yang pelbagai untuk semua warga Institut.