Keratan akhbar mengenai latihan kemahiran, Technical and Vocational Education and Training (TVET), perkembangan semasa latihan kemahiran yag bakaitan dengan Institut Latijan Jabatan Tenaga Manusia, Jabatan Tenaga Manusia dan Kementerian Sumber Manusia.
Jabatan Tenaga Manusia (JTM), dahulunya dikenali sebagai Jabatan Tenaga Rakyat (JTR) telah ditubuhkan pada tahun 1967. Pertukaran nama berkenaan adalah disebabkan oleh fungsinya yang difokuskan kepada aktiviti program latihan kemahiran sahaja. Pertukaran nama ini berlaku pada awal tahun 2000. Diawal penubuhan JTR, ia berfungsi sebagai pusat melatih tenaga mahir untuk pasaran industri tempatan, mengumpul maklumat buruh, dan menempatkan pencari-pencari pekerjaan disektor swasta. Pada ketika ini JTM telah dan akan melahirkan tenaga mahir negara dari peringkat sijil latihan hinggalah Diploma Lanjutan dalam pelbagai bidang kursus kemahiran. Oleh kerana dengan perubahan teknologi yang begitu pesat dan keperluan tenaga kerja mahir yang mendesak, maka JTM telah menubuhkan beberapa institusi latihan diseluruh negara.