Akhbar : Sinar Harian | Tarikh : 19 Jun 2014
SHAH ALAM - Permintaan terhadap pekerja berkemahiran tinggi dalam pasaran kerja mendorong kerajaan menambah bilangan universiti, kolej komuniti, politeknik dan pusat latihan yang berteraskan bidang kemahiran.
Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Richard Riot Jaem berkata sistempendidikan dan latihan seperti itu merupakan landasan bagi melahirkan modal insan yang kreatif, inovatif dan berkemahiran tinggi.
"Kepesatan pembangunan negara dalam pelbagai sektor seperti bidang elektrik dan elektronik, perhotelan dan pelancongan dan industri minyak dan gas memerlukan pekerja berkemahiran tinggi," katanya ketika berucap pada majlis penutup pertandingan Kemahiran Dunia (Belia/Pengajar) Malaysia di sini semalam.
Ucapan beliau dibacakan oleh Timbalannya Datuk Ismail Abd Muttalib.
Riot berkata bagi mencapai status negara maju, kerajaan menyasar komposisi tenaga kerja berkemahiran tinggi dipertingkatkan dari 28 peratus pada2013 kepada 33 peratus menjelang 2015 dan 50 peratus menjelang 2020.
Sumber : Sinar Harian