ms Bahasa Melayu en English

Advance Technology College (ADTEC) JTM Kampus Kuala Lumpur @ Institut Latihan Perindustrian Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM) menawarkan program latihan kursus kemahiran teknikal vokasional, Sijil Kemahiran Malaysia (SKM), Diploma Kemahiran Malaysia (DKM), kursus jangka pendek separuh masa bidang teknologi kejuruteraan penyelenggaraan mekanikal, pemesinan, kimpalan arka gas, automotif, pendawaian elektrik, elektronik, komputer, percetakan, grafik, penyejukbekuan penyamanan udara. Rujuk senarai syarat kelayakan ditawarkan dan daftar borang permohonan kemasukan ILP.

  • Utama
  • Profile
    • Pengenalan Institut
    • Perutusan Pengarah
    • Misi, Visi & Objektif
    • Piagam Pelanggan
      • Janji Kami
      • Pencapaian Kami
    • Dasar & Objektif Kualiti
    • Logo dan Bendera Rasmi
      • Logo & Pengertian
      • Bendera Rasmi
    • Lokasi Kami
      • Peta Lokasi
      • Peta Kawasan
  • Organisasi
    • Pengurusan Tertinggi
    • Jabatan Mekanikal
    • Jabatan Elektrik, Komputer & Percetakan
    • Jabatan Pengajian Am
    • Jabatan Pengurusan Sumber
      • Bahagian Pusat Sumber & Multimedia
      • Bahagian Pengurusan Pelajar & Latihan
      • Bahagian Kawalan Kualiti & Latihan
      • Bahagian Pembangunan & Penyelenggaraan Aset
      • Bahagian Community and Employment Support Service
        • Unit Jaringan dan Kerjasama
        • Unit Pemasaran & Penerbitan
        • Life Long Learning
        • Unit Sokongan Industri Dan Kebolehkerjaan
    • Bahagian Pentadbiran & Kewangan
  • Program
    • Program Sepenuh Masa
      • Senarai Program
      • Panduan Kemasukan
    • Program Jangka Pendek
      • Pengenalan Program
      • Senarai Program
      • Cara Memohon
  • Kemudahan
    • Penginapan & Asrama
    • Dewan Kuliah Utama
    • Dewan Serbaguna
    • Perpustakaan
    • Dewan Makan
    • Sukan & Riadah
    • Pengangkutan
    • Surau Jumaat
    • Kedai Serbaneka BKSK
    • Internet & WiFi
  • Hubungi
    • Pegawai Maklumat
    • Direktori Pegawai
    • Carian Direktori Pegawai
  • EKSA ILPKL
  • ilpKLEMS

Pelawat

Gerbang Informasi Pelawat.

Bakal Pelajar

Gerbang Informasi Bakal Pelajar.

Pelajar

Gerbang Informasi Pelajar.

Kakitangan

Gerbang Informasi Kakitangan.

Makluman Terkini
IKLAN SEBUT HARGA KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN DAN PEMBAIKAN BANGUNAN ASRAMA BLOK G1 DI ILP KUALA LUMPUR

Belia Perlu Ceburi Bidang Kemahiran - 27 Oktober 2014

  • Cetak
  • Emel

Akhbar : Berita Harian | 27 Oktober 2014


HANOI - Malaysia masih kekurangan pelajar terutamanya, golongan belia yang menceburi bidang kemahiran teknikal dan vokasional bagi memenuhi tenaga kerja mahir dalam negara.

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Ismail Abdul Muttalib berkata ketika ini peratusan belia lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang mengikuti bidang teknikal dan vokasional adalah sekitar 10 peratus.

Katanya, angka berkenaan jauh lebih rendah berbanding corak pendidikan yang dilaksanakan negara maju yang memberi penekanan lebih terhadap bidang berkenaan.

"Walaupun kita akui perlukan kecemerlangan dalam akademik, tetapi jika dibuat perbandingan antara negara kita dengan negara-negara maju umpamanya Korea Selatan dan Australia, anak-anak mereka yang dijuruskan kepada bidang teknikal dan vokasional ini lebih daripada 40 peratus," katanya kepada Bernama selepas melawat kontijen Malaysia sempena Pertandingan Kemahiran Asean (ASC) ke-10 di Pusat Konvensyen Nasional (NCC) di sini, hari ini.

Kontinjen Malaysia terdiri daripada 51 belia daripada pelbagai institusi kemahiran di Malaysia terpilih dalam pertandingan yang bermula 19 Oktober lepas dan berakhir Rabu ini.

Ismail berkata, Malaysia masih terkebelakang dalam usaha menghasilkan tenaga kerja mahir walhal negara ketika ini amat memerlukan golongan ini, selaras dengan matlamat mencapai status negara berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020.

Menurut beliau, ketika ini, kumpulan pekerja berkemahiran di Malaysia hanyalah sekitar 28 dan 29 peratus daripada jumlah keseluruhan tenaga kerja, iaitu lebih rendah daripada yang disasarkan iaitu 33 peratus, menjelang 2015 dan 50 peratus menjelang 2020.

Justeru katanya, Kementerian Pendidikan kini mempertingkatkan sasaran ke 20 peratus dengan berusaha menarik minat belia lepasan SPM supaya menceburkan diri dalam bidang kemahiran teknikal dan vokasional.

Terdahulu, pada sebelah malam tadi, majlis makan malam anjuran Kedutaan Malaysia di Hanoi diadakan bagi meraikan pegawai-pegawai kontinjen ASC di sebuah hotel di sini.

Turut hadir Duta Besar Malaysia di Vietnam Datuk Azmil Zabidi. Ismail dalam ucapannya pada majlis itu berkata persepsi atau mentaliti masyarakat yang melabelkan bidang kemahiran dan vokasional sebagai pengajian pilihan kedua, perlu diubah.

Ini kerana, katanya latihan kemahiran adalah usaha penting dalam pembangunan modal insan bertaraf dunia yang dapat mentransformasikan ekonomi negara ke arah status berpendapatan tinggi.

"Saya memberi sokongan yang cukup kuat kepada kerajaan khususnya kementerian untuk kita meningkatkan kadar kemahiran pekerja dalam kalangan anak-anak muda kita, di mana kesedaran ini perlu diberi bukan sahaja kepada anak muda, tetapi juga kepada ibu bapa dan masyarakat umumnya," katanya.

Melihat akan kepentingan itu, beliau yang juga Pengerusi Majlis Pertandingan Kemahiran Malaysia berkata, pelbagai usaha dilakukan kerajaan bagi mengubah persepsi masyarakat termasuklah penyertaan dalam ASC untuk membuktikan bahawa bidang kemahiran adalah bertaraf antarabangsa.

Malah pertandingan seumpama itu juga akan membantu Malaysia mencapai sasaran 50 peratus tenaga kerja mahir menjelang 2020, katanya.

 

Sumber : Berita Harian

Galeri@ILPKL

  • Audiografi
  • Fotografi
  • Videografi
  • Penerbitan
  • Pekeliling@JTM
  • Keratan Akhbar
  • Keratan Akhbar@ILJTM
  • Arkib Berita
  • Statistik

Di Mana Kami?

Institut Latihan Perindustrian Kuala Lumpur
Jabatan Tenaga Manusia
Kementerian Sumber Manusia
Jalan Kuchai Lama
58200 Kuala Lumpur

 03-7981 7495 / 7496
 03-7983 2987

 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

  • Laman Utama
  • Keratan Akhbar
  • ILP Buka Peluang Pelajari Bidang Elektronik Industri - 24 September 2014
Audiografi
Fotografi
Videografi
Penerbitan
Pekeliling@JTM
Keratan Akhbar
Arkib Berita
Statistik
KSM
JTM
JobMalaysia
JPK
SkillsMalaysia
PTPK
UPU
MQA
MyIdeas
BPA
IIM
MSC
MDEC
MySMS
MyGOV
digital

e-Penyertaan

  • Polisi e-Penyertaan
  • Dasar Terbuka Kerajaan
  • Terma Penggunaan Data Terbuka Kerajaan
  • Data Dictionary Sektor Awam (DDSA)
  • Perlindungan Data Peribadi
  • Soal Selidik

Aplikasi Atas Talian

  • Permohonan Kursus Jangka Pendek
  • ILPKL Event Management System (ilpKLEMS)
  • Permohonan Program Kerjasama PSMB
  • Edaran Keputusan Peperiksaan Pelajar
  • Permohonan Kemasukan ILJTM
  • Semakan Permohonan ILJTM
  • Semakan Temuduga ILJTM
  • Keputusan Peperiksaan Akhir ILJTM
  • Keputusan Peperiksaan ST
  • Kajian Pengesanan Kebolehkerjaan (eTOS)

Tags Popular

Anything in here will be replaced on browsers that support the canvas element

  • Pekeliling
  • Penerbitan
  • Maklumat Korporat
  • Sebut Harga
  • Videoagrafi
  • Aktiviti Terkini
  • Galeri
  • Makluman Semasa
  • Program Separuh Masa
  • Audiografi
  • Pengumuman
  • Statistik
  • Perkhidmatan Kami
  • Program Sepenuh Masa
  • Infomasi ILPKL
  • e-Penyertaan
  • Peluang Kerjaya
  • Penafian
  • Notis Hak Cipta
  • Dasar Privasi
  • Dasar Keselamatan
  • Terma & Syarat
  • Soalan Lazim
  • Peta Laman
  • Versi Mobile

Jumlah Pelawat Hari Ini: 19 | Minggu Ini: 444 | Bulan Ini: 490 | Keseluruhan: 15097093

  • Kemaskini Pada : Jumaat 07 November 2025, 16:13:25.
Hak Cipta Terpelihara © ADTEC JTM KAMPUS KL @ ILPKL 2015-2025. Reka bentuk khas untuk ILP Kuala Lumpur
Keratan Akhbar