Akhbar : Sinar Harian | Tarikh : 24 September 2014
KUALA LUMPUR – Bagi melatih rakyat di Negara ini mempunyai kemahiran tinggi dalam bidang elektronik industri, lnstitut Latihan Perindustrian (ILP) telah memperkenalkan satu program berkaitan teknologi telefon bimbit dan televisyen.
Salah seorang tenaga pengajamya, Noor Aizwan Azahar, 32, berkata, program ini diadakan bersama syarikat Samsung Elektronik Malaysia dengan kerjasama Kementerian Sumber Manusia dan dikendalikan sepenuhnya oleh ILP.
Katanya, program ini baru diperkenalkan ILP di bawah projek ritis Samsung Tech Academy sejak 8 September lalu.
Kesemua penuntut yang mengikuti kursus ini terdiri daripada penuntut ILP Kepala Batas dan ILP Kota Bharu.
“Akademik ini hanya memfokuskan mata pelajaran elektrik dan elektronik berkaitan dengan ‘smartphone’ dan televisyen pintar keluaran Samsung.” Katanya kepada Sinar Harian, kelmarin.
Munurutnya, program tersebut memberi pengetahuan kepada penuntut cara membaik pulih dan mengesan kerosakan yang dialami telefon bimbit serta televisyen.
Selain itu, katanya, penuntut turut didedahkan bagaimana memuat turun software bagi gajet keluaran Samsung seperti Samsung Note 3, Samsung 4 dan Samsung 5 dan televisyen.
Sebelum itu. Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Richard Riot merasmikan akademi tersebut diiringi Ketua Setiausahanya, Datuk Saripuddin Kasim bersama Presiden Samsung, Lee Dong Yong bersempena sambutan 50 tahun institusi berkenaan.
Sumber : Sinar Harian