ms Bahasa Melayu en English

Institusi Latihan Perindustrian Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM) menawarkan program latihan kursus kemahiran teknikal vokasional, Sijil Kemahiran Malaysia (SKM), Diploma Kemahiran Malaysia (DKM), kursus jangka pendek separuh masa bidang teknologi kejuruteraan penyelenggaraan mekanikal, pemesinan, kimpalan arka gas, automotif, pendawaian elektrik, elektronik, komputer, percetakan, grafik, penyejukbekuan penyamanan udara. Rujuk senarai syarat kelayakan ditawarkan dan daftar borang permohonan kemasukan ILP.

  • Utama
  • Profile
    • Pengenalan Institut
    • Perutusan Pengarah
    • Misi, Visi & Objektif
    • Piagam Pelanggan
      • Janji Kami
      • Pencapaian Kami
    • Dasar & Objektif Kualiti
    • Logo dan Bendera Rasmi
      • Logo & Pengertian
      • Bendera Rasmi
    • Lokasi Kami
      • Peta Lokasi
      • Peta Kawasan
  • Organisasi
    • Pengurusan Tertinggi
    • Jabatan Mekanikal
    • Jabatan Elektrik, Komputer & Percetakan
    • Jabatan Pengajian Am
    • Jabatan Pengurusan Sumber
      • Bahagian Pusat Sumber & Multimedia
      • Bahagian Pengurusan Pelajar & Latihan
      • Bahagian Kawalan Kualiti & Latihan
      • Bahagian Pembangunan & Penyelenggaraan Aset
      • Bahagian Community and Employment Support Service
        • Unit Jaringan dan Kerjasama
        • Unit Pemasaran & Penerbitan
        • Life Long Learning
        • Unit Sokongan Industri Dan Kebolehkerjaan
    • Bahagian Pentadbiran & Kewangan
  • Program
    • Program Sepenuh Masa
      • Senarai Program
      • Panduan Kemasukan
    • Program Jangka Pendek
      • Pengenalan Program
      • Senarai Program
      • Cara Memohon
  • Kemudahan
    • Penginapan & Asrama
    • Dewan Kuliah Utama
    • Dewan Serbaguna
    • Perpustakaan
    • Dewan Makan
    • Sukan & Riadah
    • Pengangkutan
    • Surau Jumaat
    • Kedai Serbaneka BKSK
    • Internet & WiFi
  • Hubungi
    • Pegawai Maklumat
    • Direktori Pegawai
    • Carian Direktori Pegawai
  • EKSA ILPKL
  • ilpKLEMS

Pelawat

Gerbang Informasi Pelawat.

Bakal Pelajar

Gerbang Informasi Bakal Pelajar.

Pelajar

Gerbang Informasi Pelajar.

Kakitangan

Gerbang Informasi Kakitangan.

Makluman Terkini
TAWARAN BAGI TENDER PELUPUSAN ASET ALIH KERAJAAN BAGI JABATAN TENAGA MANUSIA
Tawaran Sebut Harga Pelupusan Aset Alih
Tawaran Sebut Harga Kerja Menyelenggara Sistem Pencegah Kebakaran

ILPKL Makin Kompetatif - 26 Ogos 2010

  • Cetak
  • Emel

Akhbar : Berita Harian | Tarikh : 26 Ogos 2010


INSTITUT Latihan Perindustrian Kuala Lumpur (ILPKL) bakal menambah pengambilan pelajarnya kepada 1,100 berbanding 700 sekarang menjelang tahun depan selepas bangunan baru asramanya dijangka siap akhir tahun ini.

Pengarahnya, Mohd Hashimi Abd Hadi, berkata dua blok asrama itu yang terdiri daripada blok lelaki dan perempuan mampu menempatkan sehingga 400 pelajar pada satu masa selain pembinaan dewan kuliah utama yang dapat menampung 400 pelajar.

Diharapkan pelajar dapat meneruskan pembelajaran mereka dengan lebih selesa di samping mendapat keputusan cemerlang dalam akademik dan kokurikulum, katanya pada sidang media pada hari pendaftaran ILPKL, baru-baru ini.

Mengulas mengenai kebolehpasaran graduan yang dihasilkan ILP, beliau berkata statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Tenaga Manusia pada 2009 menunjukkan 73 peratus graduan institusi berkenaan berjaya memperoleh pekerjaan dalam tempoh enam bulan selepas tamat pengajian.

Angka berkenaan membuktikan graduan ILP mudah mendapat pekerjaan kerana kurikulum yang diguna pakai menepati apa yang dikehendaki pihak industri, kita lebih menekankan 70 peratus pembelajaran secara praktikal berbanding teori. 

Kerjasama yang dilakukan dengan pihak industri termasuk syarikat Karangkraf, PLUS, Dumex dan LG dalam menempatkan pelajar untuk mengadakan latihan industri serta program pertukaran antara pekerja dengan pihak PLUS, KTM dan penjara turut menyumbang kepada kejayaan itu, katanya.

Tambahnya, pelajar turut diberi penekanan dalam kemahiran sosial termasuk kemahiran berkomunikasi, komputer dan bahasa Inggeris demi memastikan pelajar mampu berdaya saing apabila tamat pengajian kelak.

Selain itu, tenaga pengajar di sini juga diwajibkan mengambil Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) sebelum layak mengajar.

Kini, ILPKL mempunyai 200 pengajar yang berkelayakan untuk mengajar secara teori dan praktikal, katanya.

Sementara itu, pelajar baru Muhammad Hafiz Abd Rahman, 18, berkata dia memilih menyambung pengajian di ILPKL kerana minatnya dalam bidang kemahiran. 

Saya memohon politeknik pada mulanya, namun tidak berjaya, sehubungan itu rakan memberi cadangan memohon di ILP dan alhamdulillah permohonan saya diterima.

Selain itu, saya difahamkan bahawa pembelajaran di sini lebih menekankan praktikal berbanding teori, ia menjadi antara sebab mengapa saya memilih ILP berbanding institut lain, kata pelajar Sijil Permesinan CNC itu.

ILPKL menerima seramai 279 pelajar baru untuk sesi Julai 2010 yang mana 222 pelajar lelaki dan 57 perempuan. Antara kursus ditawarkan ialah Teknologi Kejuruteraan Pembuatan, Teknologi Kejuruteraan Mekatronik, Teknologi Kejuruteraan Elektronik, Komputer, Automotif dan Percetakan.

Galeri@ILPKL

  • Audiografi
  • Fotografi
  • Videografi
  • Penerbitan
  • Pekeliling@JTM
  • Keratan Akhbar
  • Keratan Akhbar@ILJTM
  • Arkib Berita
  • Statistik

Di Mana Kami?

Institut Latihan Perindustrian Kuala Lumpur
Jabatan Tenaga Manusia
Kementerian Sumber Manusia
Jalan Kuchai Lama
58200 Kuala Lumpur

 03-7981 7495 / 7496
 03-7983 2987

 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

  • Laman Utama
  • Keratan Akhbar
  • Riot Skipped Function To Attend Funeral of ILP Student - Close Aide - 6 Disember 2017
Audiografi
Fotografi
Videografi
Penerbitan
Pekeliling@JTM
Keratan Akhbar
Arkib Berita
Statistik
KSM
JTM
JobMalaysia
JPK
SkillsMalaysia
PTPK
UPU
MQA
MyIdeas
BPA
IIM
MSC
MDEC
MySMS
MyGOV
MAMPU

e-Penyertaan

  • Polisi e-Penyertaan
  • Dasar Terbuka Kerajaan
  • Terma Penggunaan Data Terbuka Kerajaan
  • Data Dictionary Sektor Awam (DDSA)
  • Perlindungan Data Peribadi
  • Soal Selidik

Aplikasi Atas Talian

  • Permohonan Kursus Jangka Pendek
  • ILPKL Event Management System (ilpKLEMS)
  • Permohonan Program Kerjasama PSMB
  • Edaran Keputusan Peperiksaan Pelajar
  • Permohonan Kemasukan ILJTM
  • Semakan Permohonan ILJTM
  • Semakan Temuduga ILJTM
  • Keputusan Peperiksaan Akhir ILJTM
  • Keputusan Peperiksaan ST
  • Kajian Pengesanan Kebolehkerjaan (eTOS)

Tags Popular

Anything in here will be replaced on browsers that support the canvas element

  • Penerbitan
  • Galeri
  • Pengumuman
  • Perkhidmatan Kami
  • Videoagrafi
  • e-Penyertaan
  • Infomasi ILPKL
  • Sebut Harga
  • Makluman Semasa
  • Program Separuh Masa
  • Aktiviti Terkini
  • Pekeliling
  • Maklumat Korporat
  • Program Sepenuh Masa
  • Peluang Kerjaya
  • Audiografi
  • Statistik
  • Penafian
  • Notis Hak Cipta
  • Dasar Privasi
  • Dasar Keselamatan
  • Terma & Syarat
  • Soalan Lazim
  • Peta Laman
  • Versi Mobile

Jumlah Pelawat Hari Ini: 6 | Minggu Ini: 142 | Bulan Ini: 1442 | Keseluruhan: 15084818

  • Kemaskini Pada : Isnin 28 April 2025, 15:03:07.
Hak Cipta Terpelihara © ILPKL 2015-2025. Reka bentuk khas untuk ILP Kuala Lumpur
Keratan Akhbar