ms Bahasa Melayu en English

Advance Technology College (ADTEC) JTM Kampus Kuala Lumpur @ Institut Latihan Perindustrian Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM) menawarkan program latihan kursus kemahiran teknikal vokasional, Sijil Kemahiran Malaysia (SKM), Diploma Kemahiran Malaysia (DKM), kursus jangka pendek separuh masa bidang teknologi kejuruteraan penyelenggaraan mekanikal, pemesinan, kimpalan arka gas, automotif, pendawaian elektrik, elektronik, komputer, percetakan, grafik, penyejukbekuan penyamanan udara. Rujuk senarai syarat kelayakan ditawarkan dan daftar borang permohonan kemasukan ILP.

  • Utama
  • Profile
    • Pengenalan Institut
    • Perutusan Pengarah
    • Misi, Visi & Objektif
    • Piagam Pelanggan
      • Janji Kami
      • Pencapaian Kami
    • Dasar & Objektif Kualiti
    • Logo dan Bendera Rasmi
      • Logo & Pengertian
      • Bendera Rasmi
    • Lokasi Kami
      • Peta Lokasi
      • Peta Kawasan
  • Organisasi
    • Pengurusan Tertinggi
    • Jabatan Mekanikal
    • Jabatan Elektrik, Komputer & Percetakan
    • Jabatan Pengajian Am
    • Jabatan Pengurusan Sumber
      • Bahagian Pusat Sumber & Multimedia
      • Bahagian Pengurusan Pelajar & Latihan
      • Bahagian Kawalan Kualiti & Latihan
      • Bahagian Pembangunan & Penyelenggaraan Aset
      • Bahagian Community and Employment Support Service
        • Unit Jaringan dan Kerjasama
        • Unit Pemasaran & Penerbitan
        • Life Long Learning
        • Unit Sokongan Industri Dan Kebolehkerjaan
    • Bahagian Pentadbiran & Kewangan
  • Program
    • Program Sepenuh Masa
      • Senarai Program
      • Panduan Kemasukan
    • Program Jangka Pendek
      • Pengenalan Program
      • Senarai Program
      • Cara Memohon
  • Kemudahan
    • Penginapan & Asrama
    • Dewan Kuliah Utama
    • Dewan Serbaguna
    • Perpustakaan
    • Dewan Makan
    • Sukan & Riadah
    • Pengangkutan
    • Surau Jumaat
    • Kedai Serbaneka BKSK
    • Internet & WiFi
  • Hubungi
    • Pegawai Maklumat
    • Direktori Pegawai
    • Carian Direktori Pegawai
  • EKSA ILPKL
  • ilpKLEMS

Pelawat

Gerbang Informasi Pelawat.

Bakal Pelajar

Gerbang Informasi Bakal Pelajar.

Pelajar

Gerbang Informasi Pelajar.

Kakitangan

Gerbang Informasi Kakitangan.

Makluman Terkini
IKLAN SEBUT HARGA KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN DAN PEMBAIKAN BANGUNAN ASRAMA BLOK G1 DI ILP KUALA LUMPUR

Institusi Kemahiran Kena Laksana Strategi Lautan Biru - 24 Januari 2014

  • Cetak
  • Emel

Akhbar : Berita Harian | Tarikh : 24 Januari 2014


Kerjasama dengan pelbagai kementerian beri nilai tambah tenaga mahir

Serdang: Institusi kemahiran awam dan swasta perlu memperluaskan kerjasama dengan pelbagai kementerian dan agensi untuk memberi nilai tambah kepada tenaga mahir, sekali gus memenuhi keperluan industri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata bagi meningkatkan kualiti latihan kemahiran secara holistik, institusi terbabit perlu bekerja merentasi kementerian dan agensi dengan melaksanakan Strategi Lautan Biru.Katanya, pada masa ini, ada sembilan kementerian terbabit secara langsung menyediakan latihan kemahiran dengan penubuhan 434 Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA) dan 753 Institut Latihan Kemahiran Swasta (ILKS).

Bagaimanapun, beliau mahu semua pihak memikirkan kaedah terbaik untuk mengoptimumkan fungsi semua institusi, sekali gus memaksimumkan penggunaan aset sedia ada dalam agensi perkhidmatan awam. “Kita perlu bekerja merentasi kementerian dan agensi, inilah yang dikatakan Strategi Lautan Biru. Jika kita tidak mengehadkan bidang dalam kelompok masing-masing, maka keseluruhan aset kerajaan dapat dioptimumkan lagi,” katanya ketika merasmikan Anugerah Tangan Emas Perdana Menteri 2013 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), di sini, semalam.

Penuhi keperluan industri

Perdana Menteri juga yakin ILKA dan ILKS memainkan peranan penting membantu kerajaan melahirkan tenaga kerja mahir yang memenuhi keperluan industri serta mempunyai pakej lengkap untuk bersaing di dalam dan luar negara. Sehubungan itu, program yang ditawarkan perlu bersesuaian dan seiring dengan perkembangan semasa bagi menjamin kebolehpasaran graduan yang dilahirkan. “Umpamanya jika kita menyediakan pensijilan tempatan, tokok tambah kursus itu dengan pensijilan yang diiktiraf pada peringkat antarabangsa. Seseorang pelatih mungkin perlu menyambung tiga atau enam bulan lagi, tetapi tambahan tiga atau enam bulan menyebabkan nilai pasaran mereka melonjak ke tahap jauh lebih tinggi,” katanya.

Tingkat nilai pasaran pelatih

Oleh kerana itu, Najib menggalakkan semua ILKA dan ILKS melihat secara holistik peranan masing-masing terutama dalam menaikkan nilai pasaran pelatih ke tahap lebih tinggi. Bagi meningkatkan kemahiran tenaga kerja, beliau berkata, Pembangunan Sumber Manusia Berhad menyediakan RM400 juta bagi syarikat berdaftar untuk memberi peluang kepada pekerja mengikuti program meningkatkan kemahiran. Sementara, Perdana Menteri mengumumkan insentif tambahan kepada penerima Anugerah Tangan Emas Perdana Menteri iaitu wang tunai RM10,000 bagi meningkatkan prestij anugerah berkenaan bermula tahun ini. Sejak anugerah itu diperkenalkan pada 1991, penerima hanya membawa pulang piala anugerah dan sijil. Ia adalah anugerah tertinggi bagi mengiktiraf PKM dan pertandingan MySkills yang dianjur dan bersama Jabatan Pembangunan Kemahiran dan Kementerian Kerjaraya.

INFO

Anugerah Tangan Emas Perdana Menteri 2013

  1. Anugerah tertinggi untuk iktiraf pemenang Pertandingan Kemahiran Malaysia (PKM) dan pertandingan MySkills.
  2. Diberikan kepada dua pemenang, masing-masing peserta terbaik PKM dan MySkills.
  3. Terbuka kepada pelajar dan belia umur 20 tahun ke bawah kecuali bidang Information Network Cabling dan Mechatronics 23 tahun ke bawah.
  4. 23 bidang PKM dan 7 bidang MySkills dipertandingkan
  5. MySkills terbuka kepada pengajar dan pensyarah institusi latihan awam dan swasta.
  6. PKM mewakili negara ke Pertandingan Kemahiran ASEAN (ASC) di Hanoi, Vietnam pada 2014 dan Pertandingan Kemahiran Dunia (WSC) di Sao Paolo, Brazil pada 2015.
  7. MySkills dengan hadiah RM5,000 dimenangi Muhamad Hafiz Brahim dari Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) Melaka.
  8. PKM dengan hadiah RM7,000 dimenangi Muhammad Izzat Sulaiman dari Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM), Rembau.

Sumber : Berita Harian

Galeri@ILPKL

  • Audiografi
  • Fotografi
  • Videografi
  • Penerbitan
  • Pekeliling@JTM
  • Keratan Akhbar
  • Keratan Akhbar@ILJTM
  • Arkib Berita
  • Statistik

Di Mana Kami?

Institut Latihan Perindustrian Kuala Lumpur
Jabatan Tenaga Manusia
Kementerian Sumber Manusia
Jalan Kuchai Lama
58200 Kuala Lumpur

 03-7981 7495 / 7496
 03-7983 2987

 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

  • Laman Utama
  • Keratan Akhbar
  • Yuran Percuma di Institut Latihan Kemahiran Dikaji - 3 Ogos 2018
Audiografi
Fotografi
Videografi
Penerbitan
Pekeliling@JTM
Keratan Akhbar
Arkib Berita
Statistik
KSM
JTM
JobMalaysia
JPK
SkillsMalaysia
PTPK
UPU
MQA
MyIdeas
BPA
IIM
MSC
MDEC
MySMS
MyGOV
digital

e-Penyertaan

  • Polisi e-Penyertaan
  • Dasar Terbuka Kerajaan
  • Terma Penggunaan Data Terbuka Kerajaan
  • Data Dictionary Sektor Awam (DDSA)
  • Perlindungan Data Peribadi
  • Soal Selidik

Aplikasi Atas Talian

  • Permohonan Kursus Jangka Pendek
  • ILPKL Event Management System (ilpKLEMS)
  • Permohonan Program Kerjasama PSMB
  • Edaran Keputusan Peperiksaan Pelajar
  • Permohonan Kemasukan ILJTM
  • Semakan Permohonan ILJTM
  • Semakan Temuduga ILJTM
  • Keputusan Peperiksaan Akhir ILJTM
  • Keputusan Peperiksaan ST
  • Kajian Pengesanan Kebolehkerjaan (eTOS)

Tags Popular

Anything in here will be replaced on browsers that support the canvas element

  • Makluman Semasa
  • Galeri
  • Videoagrafi
  • Program Sepenuh Masa
  • Perkhidmatan Kami
  • Infomasi ILPKL
  • Audiografi
  • Sebut Harga
  • Maklumat Korporat
  • Pekeliling
  • Pengumuman
  • Aktiviti Terkini
  • Penerbitan
  • Peluang Kerjaya
  • e-Penyertaan
  • Statistik
  • Program Separuh Masa
  • Penafian
  • Notis Hak Cipta
  • Dasar Privasi
  • Dasar Keselamatan
  • Terma & Syarat
  • Soalan Lazim
  • Peta Laman
  • Versi Mobile

Jumlah Pelawat Hari Ini: 46 | Minggu Ini: 297 | Bulan Ini: 1884 | Keseluruhan: 15102920

  • Kemaskini Pada : Selasa 11 November 2025, 15:41:13.
Hak Cipta Terpelihara © ADTEC JTM KAMPUS KL @ ILPKL 2015-2026. Reka bentuk khas untuk ILP Kuala Lumpur
Keratan Akhbar