ms Bahasa Melayu en English

Advance Technology College (ADTEC) JTM Kampus Kuala Lumpur @ Institut Latihan Perindustrian Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM) menawarkan program latihan kursus kemahiran teknikal vokasional, Sijil Kemahiran Malaysia (SKM), Diploma Kemahiran Malaysia (DKM), kursus jangka pendek separuh masa bidang teknologi kejuruteraan penyelenggaraan mekanikal, pemesinan, kimpalan arka gas, automotif, pendawaian elektrik, elektronik, komputer, percetakan, grafik, penyejukbekuan penyamanan udara. Rujuk senarai syarat kelayakan ditawarkan dan daftar borang permohonan kemasukan ILP.

  • Utama
  • Profile
    • Pengenalan Institut
    • Perutusan Pengarah
    • Misi, Visi & Objektif
    • Piagam Pelanggan
      • Janji Kami
      • Pencapaian Kami
    • Dasar & Objektif Kualiti
    • Logo dan Bendera Rasmi
      • Logo & Pengertian
      • Bendera Rasmi
    • Lokasi Kami
      • Peta Lokasi
      • Peta Kawasan
  • Organisasi
    • Pengurusan Tertinggi
    • Jabatan Mekanikal
    • Jabatan Elektrik, Komputer & Percetakan
    • Jabatan Pengajian Am
    • Jabatan Pengurusan Sumber
      • Bahagian Pusat Sumber & Multimedia
      • Bahagian Pengurusan Pelajar & Latihan
      • Bahagian Kawalan Kualiti & Latihan
      • Bahagian Pembangunan & Penyelenggaraan Aset
      • Bahagian Community and Employment Support Service
        • Unit Jaringan dan Kerjasama
        • Unit Pemasaran & Penerbitan
        • Life Long Learning
        • Unit Sokongan Industri Dan Kebolehkerjaan
    • Bahagian Pentadbiran & Kewangan
  • Program
    • Program Sepenuh Masa
      • Senarai Program
      • Panduan Kemasukan
    • Program Jangka Pendek
      • Pengenalan Program
      • Senarai Program
      • Cara Memohon
  • Kemudahan
    • Penginapan & Asrama
    • Dewan Kuliah Utama
    • Dewan Serbaguna
    • Perpustakaan
    • Dewan Makan
    • Sukan & Riadah
    • Pengangkutan
    • Surau Jumaat
    • Kedai Serbaneka BKSK
    • Internet & WiFi
  • Hubungi
    • Pegawai Maklumat
    • Direktori Pegawai
    • Carian Direktori Pegawai
  • EKSA ILPKL
  • ilpKLEMS

Pelawat

Gerbang Informasi Pelawat.

Bakal Pelajar

Gerbang Informasi Bakal Pelajar.

Pelajar

Gerbang Informasi Pelajar.

Kakitangan

Gerbang Informasi Kakitangan.

Makluman Terkini
IKLAN SEBUT HARGA KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN DAN PEMBAIKAN BANGUNAN ASRAMA BLOK G1 DI ILP KUALA LUMPUR

JTM Ambil 4,947 Lepasan SPM Ikuti 43 Program Latihan - 13 April 2010

  • Cetak
  • Emel

Akhbar : Berita Harian | Tarikh : 13 April 2010


JABATAN Tenaga Manusia (JTM), Kementerian Sumber Manusia bercadang mengambil 4,947 pelajar, khususnya di kalangan lepasan Sijil Pelajaran Malaysia untuk mengikuti latihan di 23 institusi bawah kendaliannya bagi sesi pengambilan Julai ini.

Pengarah (Pengurusan Latihan) JTM, Abd Halim Ali Mohamed, berkata jumlah yang ditawarkan itu bagi mengisi kekosongan untuk 43 kursus peringkat sijil, diploma (22) dan diploma lanjutan (lapan).

Katanya, institusi latihan JTM (ILJTM) yang terbabit dalam pengambilan kali ini ialah 21 Institut Latihan Perindustrian (ILP), empat, Pusat Latihan Teknologi Tinggi (Adtec) dan Institut Teknikal Jepun - Malaysia (JMTI). 

“Iklan tawaran kemasukan di semua ILJTM sudah disiarkan di akhbar utama dan laman web JTM di alamat www.jtm.gov.my, sejak 12 Mac lalu. 

“Justeru, mereka yang berminat dan memenuhi syarat boleh menghantar permohonan secara dalam talian sebelum 12 April ini.

“Bagi yang tidak memiliki kemudahan internet, masing-masing boleh boleh datang ke ILJTM berhampiran untuk menggunakan perkhidmatan berkenaan secara percuma,” katanya kepada Berita Harian, baru-baru ini.

Jika ada pelajar menghantar permohonan selepas tarikh tutup, Abd Halim berkata, permohonan mereka tetap diterima dan disimpan dalam senarai menunggu.

Sekiranya ada pelajar pengambilan pertama atau kedua menolak tawaran, beliau berkata, pelajar senarai menunggu akan ditawarkan tempat.

Bagaimanapun, katanya, jika tiada lagi kekosongan tempat, permohonan lewat akan diproses untuk kemasukan akan datang iaitu bagi pengambilan Januari depan.

“Daripada jumlah pelajar diambil, 220 akan ditempatkan di ILP Kuala Lumpur, diikuti ILP Pasir Gudang (265), ILP Kuala Terengganu (450), ILP Labuan (190), ILP Ipoh (340), ILP Kuantan (175), ILP Bukit Katil (190), ILP Kota Bharu (185) dan ILP Jitra (120).

“ILP Ledang (140), ILP Pedas (120), ILP Kangar (210), ILP Kota Kinabalu (300), ILP Kota Samarahan (190), ILP Selandar (180), ILP Kuala Langat (210), ILP Kepala Batas (150), ILP Arumugam Pillai, Seberang Perai (90), ILP Mersing (240), ILP Sandakan (150) dan ILP Miri (150). 

“Adtec Shah Alam pula 90 pelajar, Adtec Batu Pahat (135), Adtec Kulim (105), Adtec Melaka (92) dan JMTI Seberang Perai (260),” katanya.

Sementara itu, Abd Halim berkata, lima ILJTM baru tersenarai dalam projek Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) dan sehingga kini, Adtec Taiping yang siap dibina kini dalam proses melengkapkan kemudahan peralatan makmal.

Manakala Adtec Kemaman, Adtec Jerantut, Adtec Bintulu dan ILP Marang kini sedang rancak dalam pembinaan dan dijangka siap menjelang hujung tahun ini.

Berdasarkan kajian, beliau menjelaskan kira-kira 75 peratus pelatih ILJTM berjaya memperoleh pekerjaan dalam tempoh enam bulan selepas menamatkan pengajian manakala selebihnya melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi.                                

Galeri@ILPKL

  • Audiografi
  • Fotografi
  • Videografi
  • Penerbitan
  • Pekeliling@JTM
  • Keratan Akhbar
  • Keratan Akhbar@ILJTM
  • Arkib Berita
  • Statistik

Di Mana Kami?

Institut Latihan Perindustrian Kuala Lumpur
Jabatan Tenaga Manusia
Kementerian Sumber Manusia
Jalan Kuchai Lama
58200 Kuala Lumpur

 03-7981 7495 / 7496
 03-7983 2987

 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

  • Laman Utama
  • Keratan Akhbar
  • TVET Teras Lahir Tenaga Mahir Dan Tingkat Daya Saing Negara - 4 Oktober 2018
Audiografi
Fotografi
Videografi
Penerbitan
Pekeliling@JTM
Keratan Akhbar
Arkib Berita
Statistik
KSM
JTM
JobMalaysia
JPK
SkillsMalaysia
PTPK
UPU
MQA
MyIdeas
BPA
IIM
MSC
MDEC
MySMS
MyGOV
digital

e-Penyertaan

  • Polisi e-Penyertaan
  • Dasar Terbuka Kerajaan
  • Terma Penggunaan Data Terbuka Kerajaan
  • Data Dictionary Sektor Awam (DDSA)
  • Perlindungan Data Peribadi
  • Soal Selidik

Aplikasi Atas Talian

  • Permohonan Kursus Jangka Pendek
  • ILPKL Event Management System (ilpKLEMS)
  • Permohonan Program Kerjasama PSMB
  • Edaran Keputusan Peperiksaan Pelajar
  • Permohonan Kemasukan ILJTM
  • Semakan Permohonan ILJTM
  • Semakan Temuduga ILJTM
  • Keputusan Peperiksaan Akhir ILJTM
  • Keputusan Peperiksaan ST
  • Kajian Pengesanan Kebolehkerjaan (eTOS)

Tags Popular

Anything in here will be replaced on browsers that support the canvas element

  • Pengumuman
  • Videoagrafi
  • Penerbitan
  • Peluang Kerjaya
  • Perkhidmatan Kami
  • Maklumat Korporat
  • Pekeliling
  • Sebut Harga
  • Makluman Semasa
  • Program Sepenuh Masa
  • Aktiviti Terkini
  • Statistik
  • e-Penyertaan
  • Infomasi ILPKL
  • Program Separuh Masa
  • Galeri
  • Audiografi
  • Penafian
  • Notis Hak Cipta
  • Dasar Privasi
  • Dasar Keselamatan
  • Terma & Syarat
  • Soalan Lazim
  • Peta Laman
  • Versi Mobile

Jumlah Pelawat Hari Ini: 49 | Minggu Ini: 416 | Bulan Ini: 462 | Keseluruhan: 15097065

  • Kemaskini Pada : Jumaat 07 November 2025, 16:13:25.
Hak Cipta Terpelihara © ADTEC JTM KAMPUS KL @ ILPKL 2015-2025. Reka bentuk khas untuk ILP Kuala Lumpur
Keratan Akhbar