ms Bahasa Melayu en English

Advance Technology College (ADTEC) JTM Kampus Kuala Lumpur @ Institut Latihan Perindustrian Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM) menawarkan program latihan kursus kemahiran teknikal vokasional, Sijil Kemahiran Malaysia (SKM), Diploma Kemahiran Malaysia (DKM), kursus jangka pendek separuh masa bidang teknologi kejuruteraan penyelenggaraan mekanikal, pemesinan, kimpalan arka gas, automotif, pendawaian elektrik, elektronik, komputer, percetakan, grafik, penyejukbekuan penyamanan udara. Rujuk senarai syarat kelayakan ditawarkan dan daftar borang permohonan kemasukan ILP.

  • Utama
  • Profile
    • Pengenalan Institut
    • Perutusan Pengarah
    • Misi, Visi & Objektif
    • Piagam Pelanggan
      • Janji Kami
      • Pencapaian Kami
    • Dasar & Objektif Kualiti
    • Logo dan Bendera Rasmi
      • Logo & Pengertian
      • Bendera Rasmi
    • Lokasi Kami
      • Peta Lokasi
      • Peta Kawasan
  • Organisasi
    • Pengurusan Tertinggi
    • Jabatan Mekanikal
    • Jabatan Elektrik, Komputer & Percetakan
    • Jabatan Pengajian Am
    • Jabatan Pengurusan Sumber
      • Bahagian Pusat Sumber & Multimedia
      • Bahagian Pengurusan Pelajar & Latihan
      • Bahagian Kawalan Kualiti & Latihan
      • Bahagian Pembangunan & Penyelenggaraan Aset
      • Bahagian Community and Employment Support Service
        • Unit Jaringan dan Kerjasama
        • Unit Pemasaran & Penerbitan
        • Life Long Learning
        • Unit Sokongan Industri Dan Kebolehkerjaan
    • Bahagian Pentadbiran & Kewangan
  • Program
    • Program Sepenuh Masa
      • Senarai Program
      • Panduan Kemasukan
    • Program Jangka Pendek
      • Pengenalan Program
      • Senarai Program
      • Cara Memohon
  • Kemudahan
    • Penginapan & Asrama
    • Dewan Kuliah Utama
    • Dewan Serbaguna
    • Perpustakaan
    • Dewan Makan
    • Sukan & Riadah
    • Pengangkutan
    • Surau Jumaat
    • Kedai Serbaneka BKSK
    • Internet & WiFi
  • Hubungi
    • Pegawai Maklumat
    • Direktori Pegawai
    • Carian Direktori Pegawai
  • EKSA ILPKL
  • ilpKLEMS

Pelawat

Gerbang Informasi Pelawat.

Bakal Pelajar

Gerbang Informasi Bakal Pelajar.

Pelajar

Gerbang Informasi Pelajar.

Kakitangan

Gerbang Informasi Kakitangan.

Makluman Terkini
IKLAN SEBUT HARGA KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN DAN PEMBAIKAN BANGUNAN ASRAMA BLOK G1 DI ILP KUALA LUMPUR

Kementerian Sumber Manusia Tawar Latihan Kepada Gelandangan - 11 Julai 2014

  • Cetak
  • Emel

Akhbar : Utusan Malaysia | Tarikh 11 Julai 2014


MARAN 11 Julai - Kementerian Sumber Manusia bersedia menawarkan latihan kemahiran kepada golongan gelandangan di pusat-pusat latihan kerajaan di seluruh negara bagi menjamin masa depan golongan terbabit.

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Ismail Abdul Muttalib berkata, kementerian itu dengan kerjasama Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat pernah mengadakan program latihan kemahiran kepada golongan tersebut sedikit masa dahulu tetapi kurang mendapat sambutan.

"Kementerian bersedia membimbing serta memberi latihan kemahiran kepada golongan terbabit kerana yakin ada kalangan mereka mempunyai kemahiran asas yang boleh digilap dengan diberikan latihan supaya masa depan lebih terjamin.

"Namun apa yang menyedihkan, ada mereka lebih berminat dengan tawaran golongan manipulasi manusia yang menawarkan pelbagai tawaran pendapatan lumayan tetapi sebenarnya palsu menyebabkan golongan gelandangan ini kekal di takuk yang sama,'' katanya.

Beliau bercakap pada sidang media selepas majlis berbuka puasa 60 anggota Pasukan Latihan Perisikan Tentera (PULARIS) Temerloh bersama-sama penduduk kampung di Masjid Kampung Pantai Seberang Chenur, di sini malam tadi.

Majlis turut dihadiri oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Komunikasi dan Multimedia negeri Datuk Shahaniza Shamsuddin serta Pegawai Pemerintah Pularis, Temerloh, Left Kol Abu Hashim Jamaluddin.

Ismail yang juga anggota Parlimen Maran berkata, terdapat lebih 1,100 buah pusat latihan awam dan swasta di seluruh negara yang menyediakan pelbagai bidang latihan kemahiran.

Pada masa kini, katanya terdapat kira kira 7,000 golongan orang kurang upaya (OKU) dan ibu tunggal yang berdaftar dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) sedang mengikuti pelbagai latihan kemahiran di pusat-pusat latihan tersebut.

Beliau berkata, kebanyakan mereka yang menamat latihan di pusat-pusat latihan berkenaan berjaya mendapat pekerjaan di jabatan kerajaan dan swasta, dan ada yang telah menjalankan perniagaan sendiri.

Menurutnya, selain golongan gelandangan, OKU dan ibu tunggal, latihan juga terbuka kepada golongan belia dan mereka yang berminat boleh berhubung dengan Kementerian Sumber Manusia bagi mendapatkan maklumat.

Ismail berkata, negara memerlukan sekurang-kurangnya lima juta pekerja menjelang tahun 2020 dengan separuh daripadanya memerlukan pekerja mahir dan negara akan kerugian besar jika peluang pekerjaan itu berterusan diisi oleh pekerja asing.

 

Sumber : Utusan Malaysia

 

Galeri@ILPKL

  • Audiografi
  • Fotografi
  • Videografi
  • Penerbitan
  • Pekeliling@JTM
  • Keratan Akhbar
  • Keratan Akhbar@ILJTM
  • Arkib Berita
  • Statistik

Di Mana Kami?

Institut Latihan Perindustrian Kuala Lumpur
Jabatan Tenaga Manusia
Kementerian Sumber Manusia
Jalan Kuchai Lama
58200 Kuala Lumpur

 03-7981 7495 / 7496
 03-7983 2987

 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

  • Laman Utama
  • Keratan Akhbar
  • Pekerja Sihat Akan Pertingkat Kualiti, Produktiviti - 2 Mei 2015
Audiografi
Fotografi
Videografi
Penerbitan
Pekeliling@JTM
Keratan Akhbar
Arkib Berita
Statistik
KSM
JTM
JobMalaysia
JPK
SkillsMalaysia
PTPK
UPU
MQA
MyIdeas
BPA
IIM
MSC
MDEC
MySMS
MyGOV
digital

e-Penyertaan

  • Polisi e-Penyertaan
  • Dasar Terbuka Kerajaan
  • Terma Penggunaan Data Terbuka Kerajaan
  • Data Dictionary Sektor Awam (DDSA)
  • Perlindungan Data Peribadi
  • Soal Selidik

Aplikasi Atas Talian

  • Permohonan Kursus Jangka Pendek
  • ILPKL Event Management System (ilpKLEMS)
  • Permohonan Program Kerjasama PSMB
  • Edaran Keputusan Peperiksaan Pelajar
  • Permohonan Kemasukan ILJTM
  • Semakan Permohonan ILJTM
  • Semakan Temuduga ILJTM
  • Keputusan Peperiksaan Akhir ILJTM
  • Keputusan Peperiksaan ST
  • Kajian Pengesanan Kebolehkerjaan (eTOS)

Tags Popular

Anything in here will be replaced on browsers that support the canvas element

  • Statistik
  • Program Separuh Masa
  • Perkhidmatan Kami
  • Videoagrafi
  • Maklumat Korporat
  • Galeri
  • Pengumuman
  • e-Penyertaan
  • Program Sepenuh Masa
  • Infomasi ILPKL
  • Sebut Harga
  • Penerbitan
  • Pekeliling
  • Audiografi
  • Makluman Semasa
  • Peluang Kerjaya
  • Aktiviti Terkini
  • Penafian
  • Notis Hak Cipta
  • Dasar Privasi
  • Dasar Keselamatan
  • Terma & Syarat
  • Soalan Lazim
  • Peta Laman
  • Versi Mobile

Jumlah Pelawat Hari Ini: 17 | Minggu Ini: 442 | Bulan Ini: 488 | Keseluruhan: 15097091

  • Kemaskini Pada : Jumaat 07 November 2025, 16:13:25.
Hak Cipta Terpelihara © ADTEC JTM KAMPUS KL @ ILPKL 2015-2025. Reka bentuk khas untuk ILP Kuala Lumpur
Keratan Akhbar