ms Bahasa Melayu en English

Advance Technology College (ADTEC) JTM Kampus Kuala Lumpur @ Institut Latihan Perindustrian Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM) menawarkan program latihan kursus kemahiran teknikal vokasional, Sijil Kemahiran Malaysia (SKM), Diploma Kemahiran Malaysia (DKM), kursus jangka pendek separuh masa bidang teknologi kejuruteraan penyelenggaraan mekanikal, pemesinan, kimpalan arka gas, automotif, pendawaian elektrik, elektronik, komputer, percetakan, grafik, penyejukbekuan penyamanan udara. Rujuk senarai syarat kelayakan ditawarkan dan daftar borang permohonan kemasukan ILP.

  • Utama
  • Profile
    • Pengenalan Institut
    • Perutusan Pengarah
    • Misi, Visi & Objektif
    • Piagam Pelanggan
      • Janji Kami
      • Pencapaian Kami
    • Dasar & Objektif Kualiti
    • Logo dan Bendera Rasmi
      • Logo & Pengertian
      • Bendera Rasmi
    • Lokasi Kami
      • Peta Lokasi
      • Peta Kawasan
  • Organisasi
    • Pengurusan Tertinggi
    • Jabatan Mekanikal
    • Jabatan Elektrik, Komputer & Percetakan
    • Jabatan Pengajian Am
    • Jabatan Pengurusan Sumber
      • Bahagian Pusat Sumber & Multimedia
      • Bahagian Pengurusan Pelajar & Latihan
      • Bahagian Kawalan Kualiti & Latihan
      • Bahagian Pembangunan & Penyelenggaraan Aset
      • Bahagian Community and Employment Support Service
        • Unit Jaringan dan Kerjasama
        • Unit Pemasaran & Penerbitan
        • Life Long Learning
        • Unit Sokongan Industri Dan Kebolehkerjaan
    • Bahagian Pentadbiran & Kewangan
  • Program
    • Program Sepenuh Masa
      • Senarai Program
      • Panduan Kemasukan
    • Program Jangka Pendek
      • Pengenalan Program
      • Senarai Program
      • Cara Memohon
  • Kemudahan
    • Penginapan & Asrama
    • Dewan Kuliah Utama
    • Dewan Serbaguna
    • Perpustakaan
    • Dewan Makan
    • Sukan & Riadah
    • Pengangkutan
    • Surau Jumaat
    • Kedai Serbaneka BKSK
    • Internet & WiFi
  • Hubungi
    • Pegawai Maklumat
    • Direktori Pegawai
    • Carian Direktori Pegawai
  • EKSA ILPKL
  • ilpKLEMS

Pelawat

Gerbang Informasi Pelawat.

Bakal Pelajar

Gerbang Informasi Bakal Pelajar.

Pelajar

Gerbang Informasi Pelajar.

Kakitangan

Gerbang Informasi Kakitangan.

Makluman Terkini
IKLAN SEBUT HARGA KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN DAN PEMBAIKAN BANGUNAN ASRAMA BLOK G1 DI ILP KUALA LUMPUR

Malaysia Raih 9 Pingat Emas Di Pertandingan Kemahiran Asean 2014 Di Hanoi - 29 Oktober 2014

  • Cetak
  • Emel

Ahkbar : BERNAMA | Tarikh : 29 Oktober 2014


HANOI – Penyertaan Malaysia pada Pertandingan Kemahiran Asean (ASC) ke-10 di sini mencatat prestasi membanggakan dengan menggondol sembilan pingat emas, lima perak dan empat gangsa.

Bertempat di Pusat Konvensyen Nasional (NCC) Hanoi, Vietnam, peserta Malaysia Ashwin Nicholas Oon, yang memenangi pingat emas dalam bidang memasak, muncul peserta terbaik ‘Best Of Nation’ pada pertandingan kali ini.

Semua kesembilan pingat emas Malaysia dimenangi peserta individu dalam bidang mendandan rambut, terapi kecantikan (dua individu), teknologi fesyen, kerja paip dan pemanasan, penyejuk bekuan dan penyaman udara, memasak, sistem rangkaian komputer serta Mechanical Engineering Design CAD.

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Ismail Abd Muttalib (tengah) bersama sebahagian pemenang pada Majlis Penutup Kejohanan Pertandingan Kemahiran Asean (ASC) 2014 Hanoi di Pusat Konvensyen National Hanoi (NCC) Vietnam. Malaysia berjaya memenangi sembilan pingat emas, tujuh perak dan lima gangsa dalam pertandingan ini. Perak pula dimenangi peserta berkumpulan dari bidang CNC maintenance manakala empat lagi menerusi bidang secara individu iaitu membuat perabot, penyejuk bekuan dan penyaman udara, sistem rangkaian komputer dan pemasangan elektrikal.

Gangsa pula dimenangi empat peserta yang menyaksikan bidang kerja paip dan pemanasan diikuti penerapan bata (bricklaying) dan teknologi automotif dan mekatronik.

Ini bermakna Malaysia menduduki tempat kedua secara keseluruhan dalam ASC kali ini di belakang tuan rumah Vietnam yang menggondol 15 pingat emas.

Hadiah disampaikan Timbalan Perdana Menteri Vietnam Vu Duc Dam dan Menteri Buruh dan Sumber Manusia Vietnam Pham Thi Hai Chuyen yang bersama menyampaikan pingat kepada para pemenang.

Pencapaian peserta Malaysia kali ini merupakan kejayaan yang amat bermakna di mana ia merupakan pencapaian terbaik sejak dari penganjuran pertama kalinya pada tahun 1995, sekaligus mengatasi pencapaian terbaik sebelum ini dilakukan pada ASC ke-9 di Jakarta pada 2012 menerusi tiga pingat emas, empat perak dan empat gangsa.

Timbalan Menteri Sumber Manusia Malaysia Datuk Seri Ismail Abdul Muttalib, yang merupakan ketua kontinjen bersama delegasi Malaysia ke pertandingan kali ini, turut meraikan kejayaan peserta negara pada acara penutup malam ini.

Dalam majlis itu juga, Ismail menerima penyerahan bendera kejohanan sebagai simbolik Malaysia akan menjadi tuan Rumah ASC 2016 di Kuala Lumpur.

Malaysia menghantar 51 peserta untuk mengambil bahagian dalam kesemua 25 bidang kemahiran yang dipertandingkan.

ASC dianjurkan setiap dua tahun sekali dan dihoskan secara bergilir dalam kalangan negara anggota Asean. – BERNAMA

Galeri@ILPKL

  • Audiografi
  • Fotografi
  • Videografi
  • Penerbitan
  • Pekeliling@JTM
  • Keratan Akhbar
  • Keratan Akhbar@ILJTM
  • Arkib Berita
  • Statistik

Di Mana Kami?

Institut Latihan Perindustrian Kuala Lumpur
Jabatan Tenaga Manusia
Kementerian Sumber Manusia
Jalan Kuchai Lama
58200 Kuala Lumpur

 03-7981 7495 / 7496
 03-7983 2987

 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

  • Laman Utama
  • Keratan Akhbar
  • Pekerja Sihat Akan Pertingkat Kualiti, Produktiviti - 2 Mei 2015
Audiografi
Fotografi
Videografi
Penerbitan
Pekeliling@JTM
Keratan Akhbar
Arkib Berita
Statistik
KSM
JTM
JobMalaysia
JPK
SkillsMalaysia
PTPK
UPU
MQA
MyIdeas
BPA
IIM
MSC
MDEC
MySMS
MyGOV
digital

e-Penyertaan

  • Polisi e-Penyertaan
  • Dasar Terbuka Kerajaan
  • Terma Penggunaan Data Terbuka Kerajaan
  • Data Dictionary Sektor Awam (DDSA)
  • Perlindungan Data Peribadi
  • Soal Selidik

Aplikasi Atas Talian

  • Permohonan Kursus Jangka Pendek
  • ILPKL Event Management System (ilpKLEMS)
  • Permohonan Program Kerjasama PSMB
  • Edaran Keputusan Peperiksaan Pelajar
  • Permohonan Kemasukan ILJTM
  • Semakan Permohonan ILJTM
  • Semakan Temuduga ILJTM
  • Keputusan Peperiksaan Akhir ILJTM
  • Keputusan Peperiksaan ST
  • Kajian Pengesanan Kebolehkerjaan (eTOS)

Tags Popular

Anything in here will be replaced on browsers that support the canvas element

  • Statistik
  • Program Separuh Masa
  • Perkhidmatan Kami
  • Videoagrafi
  • Maklumat Korporat
  • Galeri
  • Pengumuman
  • e-Penyertaan
  • Program Sepenuh Masa
  • Infomasi ILPKL
  • Sebut Harga
  • Penerbitan
  • Pekeliling
  • Audiografi
  • Makluman Semasa
  • Peluang Kerjaya
  • Aktiviti Terkini
  • Penafian
  • Notis Hak Cipta
  • Dasar Privasi
  • Dasar Keselamatan
  • Terma & Syarat
  • Soalan Lazim
  • Peta Laman
  • Versi Mobile

Jumlah Pelawat Hari Ini: 17 | Minggu Ini: 442 | Bulan Ini: 488 | Keseluruhan: 15097091

  • Kemaskini Pada : Jumaat 07 November 2025, 16:13:25.
Hak Cipta Terpelihara © ADTEC JTM KAMPUS KL @ ILPKL 2015-2025. Reka bentuk khas untuk ILP Kuala Lumpur
Keratan Akhbar