ms Bahasa Melayu en English

Institusi Latihan Perindustrian Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM) menawarkan program latihan kursus kemahiran teknikal vokasional, Sijil Kemahiran Malaysia (SKM), Diploma Kemahiran Malaysia (DKM), kursus jangka pendek separuh masa bidang teknologi kejuruteraan penyelenggaraan mekanikal, pemesinan, kimpalan arka gas, automotif, pendawaian elektrik, elektronik, komputer, percetakan, grafik, penyejukbekuan penyamanan udara. Rujuk senarai syarat kelayakan ditawarkan dan daftar borang permohonan kemasukan ILP.

Keratan Akhbar
  • Utama
  • Profile
    • Pengenalan Institut
    • Perutusan Pengarah
    • Misi, Visi & Objektif
    • Piagam Pelanggan
      • Janji Kami
      • Pencapaian Kami
    • Dasar & Objektif Kualiti
    • Logo dan Bendera Rasmi
      • Logo & Pengertian
      • Bendera Rasmi
    • Lokasi Kami
      • Peta Lokasi
      • Peta Kawasan
  • Organisasi
    • Pengurusan Tertinggi
    • Jabatan Mekanikal
    • Jabatan Elektrik, Komputer & Percetakan
    • Jabatan Pengajian Am
    • Jabatan Pengurusan Sumber
      • Bahagian Pusat Sumber & Multimedia
      • Bahagian Pengurusan Pelajar & Latihan
      • Bahagian Kawalan Kualiti & Latihan
      • Bahagian Pembangunan & Penyelenggaraan Aset
      • Bahagian Community and Employment Support Service
        • Unit Jaringan dan Kerjasama
        • Unit Pemasaran & Penerbitan
        • Life Long Learning
        • Unit Sokongan Industri Dan Kebolehkerjaan
    • Bahagian Pentadbiran & Kewangan
  • Program
    • Program Sepenuh Masa
      • Senarai Program
      • Panduan Kemasukan
    • Program Jangka Pendek
      • Pengenalan Program
      • Senarai Program
      • Cara Memohon
  • Kemudahan
    • Penginapan & Asrama
    • Dewan Kuliah Utama
    • Dewan Serbaguna
    • Perpustakaan
    • Dewan Makan
    • Sukan & Riadah
    • Pengangkutan
    • Surau Jumaat
    • Kedai Serbaneka BKSK
    • Internet & WiFi
  • Hubungi
    • Pegawai Maklumat
    • Direktori Pegawai
    • Carian Direktori Pegawai
  • EKSA ILPKL
  • ilpKLEMS

Pelawat

Gerbang Informasi Pelawat.

Bakal Pelajar

Gerbang Informasi Bakal Pelajar.

Pelajar

Gerbang Informasi Pelajar.

Kakitangan

Gerbang Informasi Kakitangan.

Makluman Terkini
TAWARAN BAGI TENDER PELUPUSAN ASET ALIH KERAJAAN BAGI JABATAN TENAGA MANUSIA
Tawaran Sebut Harga Pelupusan Aset Alih
Tawaran Sebut Harga Kerja Menyelenggara Sistem Pencegah Kebakaran

Persepsi Bidang Kemahiran Hanya Untuk Golongan Tidak Berjaya Akademik Perlu Dikikis - 20 April 2014

  • Cetak
  • Emel

Akhbar : Bernama | Tarikh : 20 April 2014


ALOR SETAR, 20 April (Bernama) -- Persepsi negatif kononnya bidang kemahiran hanya untuk golongan yang kurang berjaya dalam akademik perlu dikikis kerana bidang kemahiran sebenarnya mampu memberikan pulangan pendapatan yang tinggi.

Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata ramai di kalangan golongan muda melihat bidang kemahiran sebagai pilhan kedua terutama bagi mereka yang tahap kelayakan akademik tidak begitu tinggi.

"Itu tidak tepat. Ada pekerjaan-pekerjaan tertentu memerlukan kemahiran dan memberi pendapatan sangat tinggi. Kita berhasrat menjadi negara maju berpendapatan tinggi menjelang 2020, dan bidang kemahiran tetap jadi tumpuan. Dalam sektor kemahiran ia sangat membantu (menjadi negara maju).

"Ketika Mara adakan latihan untuk kimpalan, awal-awal dulu ramai tak minat..(didakwa) kerja susah, gaji tak tinggi. Padahal ada pengimpal gaji lebih tinggi daripada Menteri Besar. Seperti dalam sektor minyak dan gas, pulangan sangat tinggi," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis penutup Karnival dan Ekspo Kemahiran Kebangsaan Zon Utara (KEKKu) 2014 di sini hari ini.

Turut hadir pada majlis itu Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Ismail Abdul Muttalib. KEKKu 2014 anjuran Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia diadakan sejak 17 April sehingga hari ini.

Mukhriz berkata untuk menjadi sebuah negara industri, Malaysia bukan hanya memerlukan jurutera tetapi juga memerlukan juruteknik.

"Kita tidak hanya perlukan jurutera yang pakar tetapi perlukan juruteknik, yang benar-benar buat kerja dengan tangan, bukan hanya buat reka bentuk dan merancang, tetapi orang yang akan melaksanakan. Juruteknik sangat penting untuk merealisasikan hasrat kerajaan menjadi negara industri berpendapatan tinggi," katanya.

Terdahulu dalam ucapannya, Mukhriz berkata Kerajaan Negeri Kedah mahu lebih ramai tenaga muda yang berpotensi menceburi bidang latihan berteraskan kemahiran tinggi, sekaligus meningkatkan kebolehkerjaan mereka di samping daya saing negara dalam menghadapi cabaran ekonomi global yang semakin kompetitif.

"Malaysia perlu menghasilkan tenaga mahir yang berdaya saing bagi menggerak ekonomi Malaysia yang mampan secara amnya dan membangunkan ekonomi Negeri Kedah secara khususnya seiring dengan Rancangan Tranformasi Kedah yang meletakkan bidang pendidikan dan pembangunan modal insan ke satu tahap yang lebih baik dengan mewujudkan peluang pekerjaan, menjana ekonomi setempat dan meningkatkan hasil secara berterusan," katanya.

Beliau berkata inisiatif kerajaan menubuhkan institusi latihan kemahiran bertujuan memperluaskan lagi peluang latihan kepada warga Malaysia, dengan sembilan kementerian terlibat menyediakan latihan kemahiran di peringkat separa mahir dan mahir.

"Di Kedah ada 64 buah pusat latihan -- 33 buah institusi di bawah kerajaan, 27 yang dikendalikan oleh pihak swasta manakala empat dikendalikan oleh industri. Sejumlah 374 program telah dilaksanakan berpandukan Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (SKPK) bagi pelbagai bidang kemahiran," katanya.

Sumber BERNAMA

Galeri@ILPKL

  • Audiografi
  • Fotografi
  • Videografi
  • Penerbitan
  • Pekeliling@JTM
  • Keratan Akhbar
  • Keratan Akhbar@ILJTM
  • Arkib Berita
  • Statistik

Di Mana Kami?

Institut Latihan Perindustrian Kuala Lumpur
Jabatan Tenaga Manusia
Kementerian Sumber Manusia
Jalan Kuchai Lama
58200 Kuala Lumpur

 03-7981 7495 / 7496
 03-7983 2987

 Aduan / Maklumbalas
 Pertanyaan / Cadangan

  • Laman Utama
  • Keratan Akhbar
  • Kenal Pasti Masalah TVET - 29 Ogos 2018
Audiografi
Fotografi
Videografi
Penerbitan
Pekeliling@JTM
Keratan Akhbar
Arkib Berita
Statistik
KSM
JTM
JobMalaysia
JPK
SkillsMalaysia
PTPK
UPU
MQA
MyIdeas
BPA
IIM
MSC
MDEC
MySMS
MyGOV
MAMPU

e-Penyertaan

  • Polisi e-Penyertaan
  • Dasar Terbuka Kerajaan
  • Terma Penggunaan Data Terbuka Kerajaan
  • Data Dictionary Sektor Awam (DDSA)
  • Perlindungan Data Peribadi
  • Soal Selidik

Aplikasi Atas Talian

  • Permohonan Kursus Jangka Pendek
  • ILPKL Event Management System (ilpKLEMS)
  • Permohonan Program Kerjasama PSMB
  • Edaran Keputusan Peperiksaan Pelajar
  • Permohonan Kemasukan ILJTM
  • Semakan Permohonan ILJTM
  • Semakan Temuduga ILJTM
  • Keputusan Peperiksaan Akhir ILJTM
  • Keputusan Peperiksaan ST
  • Kajian Pengesanan Kebolehkerjaan (eTOS)

Tags Popular

Anything in here will be replaced on browsers that support the canvas element

  • Maklumat Korporat
  • Penerbitan
  • Pengumuman
  • Perkhidmatan Kami
  • Pekeliling
  • Aktiviti Terkini
  • Program Sepenuh Masa
  • Audiografi
  • Peluang Kerjaya
  • Sebut Harga
  • Galeri
  • e-Penyertaan
  • Statistik
  • Program Separuh Masa
  • Makluman Semasa
  • Videoagrafi
  • Infomasi ILPKL
  • Penafian
  • Notis Hak Cipta
  • Dasar Privasi
  • Dasar Keselamatan
  • Terma & Syarat
  • Soalan Lazim
  • Peta Laman
  • Versi Mobile

Jumlah Pelawat Hari Ini: 20 | Minggu Ini: 664 | Bulan Ini: 3052 | Keseluruhan: 15082751

  • Kemaskini Pada : Isnin 28 April 2025, 15:03:07.
Hak Cipta Terpelihara © ILPKL 2015-2025. Reka bentuk khas untuk ILP Kuala Lumpur