ms Bahasa Melayu en English

Institusi Latihan Perindustrian Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM) menawarkan program latihan kursus kemahiran teknikal vokasional, Sijil Kemahiran Malaysia (SKM), Diploma Kemahiran Malaysia (DKM), kursus jangka pendek separuh masa bidang teknologi kejuruteraan penyelenggaraan mekanikal, pemesinan, kimpalan arka gas, automotif, pendawaian elektrik, elektronik, komputer, percetakan, grafik, penyejukbekuan penyamanan udara. Rujuk senarai syarat kelayakan ditawarkan dan daftar borang permohonan kemasukan ILP.

  • Utama
  • Profile
    • Pengenalan Institut
    • Perutusan Pengarah
    • Misi, Visi & Objektif
    • Piagam Pelanggan
      • Janji Kami
      • Pencapaian Kami
    • Dasar & Objektif Kualiti
    • Logo dan Bendera Rasmi
      • Logo & Pengertian
      • Bendera Rasmi
    • Lokasi Kami
      • Peta Lokasi
      • Peta Kawasan
  • Organisasi
    • Pengurusan Tertinggi
    • Jabatan Mekanikal
    • Jabatan Elektrik, Komputer & Percetakan
    • Jabatan Pengajian Am
    • Jabatan Pengurusan Sumber
      • Bahagian Pusat Sumber & Multimedia
      • Bahagian Pengurusan Pelajar & Latihan
      • Bahagian Kawalan Kualiti & Latihan
      • Bahagian Pembangunan & Penyelenggaraan Aset
      • Bahagian Community and Employment Support Service
        • Unit Jaringan dan Kerjasama
        • Unit Pemasaran & Penerbitan
        • Life Long Learning
        • Unit Sokongan Industri Dan Kebolehkerjaan
    • Bahagian Pentadbiran & Kewangan
  • Program
    • Program Sepenuh Masa
      • Senarai Program
      • Panduan Kemasukan
    • Program Jangka Pendek
      • Pengenalan Program
      • Senarai Program
      • Cara Memohon
  • Kemudahan
    • Penginapan & Asrama
    • Dewan Kuliah Utama
    • Dewan Serbaguna
    • Perpustakaan
    • Dewan Makan
    • Sukan & Riadah
    • Pengangkutan
    • Surau Jumaat
    • Kedai Serbaneka BKSK
    • Internet & WiFi
  • Hubungi
    • Pegawai Maklumat
    • Direktori Pegawai
    • Carian Direktori Pegawai
  • EKSA ILPKL
  • ilpKLEMS

Pelawat

Gerbang Informasi Pelawat.

Bakal Pelajar

Gerbang Informasi Bakal Pelajar.

Pelajar

Gerbang Informasi Pelajar.

Kakitangan

Gerbang Informasi Kakitangan.

Makluman Terkini
TAWARAN BAGI TENDER PELUPUSAN ASET ALIH KERAJAAN BAGI JABATAN TENAGA MANUSIA
Tawaran Sebut Harga Pelupusan Aset Alih
Tawaran Sebut Harga Kerja Menyelenggara Sistem Pencegah Kebakaran

Ubah Stigma Vokasional Tiada Masa Depan - 30 Oktober 2013

  • Cetak
  • Emel

Akhbar : Utusan Malaysia | Tarikh : 30 Oktober 2013


wb 02.1

KUCHING 29 Okt. - Masyarakat perlu mengikis stigma sosial terhadap aliran latihan kemahiran dan vokasional yang kononnya tidak mempunyai masa depan selain menjadikannya sebagai pilihan kedua.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Richard Riot Jaem berkata, latihan kemahiran dan vokasional tidak boleh dilihat sebagai pilihan kedua atau terakhir dan hanya sesuai untuk mereka yang gagal dalam pencapaian akademik.

Katanya, bilangan golongan muda yang mengikuti aliran latihan kemahiran dan vokasional yang kecil amat mengecewakan walaupun kerajaan telah melaksanakan pelbagai inisiatif bagi memperkasakan bidang tersebut.

"Kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM449.5 juta menerusi Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10) dengan menyediakan kelengkapan latihan, tenaga pensyarah dan kemudahan-kemudahan lain bagi melatih dan mengeluarkan graduan yang mahir dalam bidang teknikal dan vokasional.

"Di Sabah dan Sarawak misalnya, terdapat banyak institusi latihan kemahiran telah diwujudkan antaranya Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), Institut Kemahiran MARA (IKM), Kolej Komuniti dan banyak lagi bertujuan memperkasakan bidang kemahiran di negara ini," katanya dalam Majlis Konvokesyen Institut Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM) Wilayah Timur Ke-9 2013 (Zon Sarawak) di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini baru-baru ini.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Manusia (JTM), Datuk Romli Hassan.

Seramai 1,461 graduan Institut Latihan Perindustrian (ILP) dari Sabah dan Sarawak berjaya menamatkan kursus masing-masing dan daripada jumlah itu 812 graduan dari ILJTM Sabah manakala 649 dari ILJTM Sarawak.

Menurut Richard, peruntukan yang besar serta penubuhan beberapa pusat latihan kemahiran teknikal dan vokasional itu juga bertujuan menampung negara yang memerlukan 50 peratus tenaga mahir menjelang 2020.

Beliau berkata, langkah itu sejajar dengan hasrat kerajaan tidak mahu bergantung kepada pekerja asing tidak mahir dan berkos rendah yang kini bilangan mereka meningkat lebih dua kali ganda iaitu 1.9 juta sejak 2000.

Katanya, kebanjiran pekerja asing itu telah melambatkan pelaburan terutama dalam sektor pertanian dan pembuatan seterusnya mengurangkan pertumbuhan serta produktiviti negara.

Galeri@ILPKL

  • Audiografi
  • Fotografi
  • Videografi
  • Penerbitan
  • Pekeliling@JTM
  • Keratan Akhbar
  • Keratan Akhbar@ILJTM
  • Arkib Berita
  • Statistik

Di Mana Kami?

Institut Latihan Perindustrian Kuala Lumpur
Jabatan Tenaga Manusia
Kementerian Sumber Manusia
Jalan Kuchai Lama
58200 Kuala Lumpur

 03-7981 7495 / 7496
 03-7983 2987

 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

  • Laman Utama
  • Keratan Akhbar
  • Lima lagi Institut Latihan Jabatan Tenaga Manusia Dibina - 21 November 2010
Audiografi
Fotografi
Videografi
Penerbitan
Pekeliling@JTM
Keratan Akhbar
Arkib Berita
Statistik
KSM
JTM
JobMalaysia
JPK
SkillsMalaysia
PTPK
UPU
MQA
MyIdeas
BPA
IIM
MSC
MDEC
MySMS
MyGOV
MAMPU

e-Penyertaan

  • Polisi e-Penyertaan
  • Dasar Terbuka Kerajaan
  • Terma Penggunaan Data Terbuka Kerajaan
  • Data Dictionary Sektor Awam (DDSA)
  • Perlindungan Data Peribadi
  • Soal Selidik

Aplikasi Atas Talian

  • Permohonan Kursus Jangka Pendek
  • ILPKL Event Management System (ilpKLEMS)
  • Permohonan Program Kerjasama PSMB
  • Edaran Keputusan Peperiksaan Pelajar
  • Permohonan Kemasukan ILJTM
  • Semakan Permohonan ILJTM
  • Semakan Temuduga ILJTM
  • Keputusan Peperiksaan Akhir ILJTM
  • Keputusan Peperiksaan ST
  • Kajian Pengesanan Kebolehkerjaan (eTOS)

Tags Popular

Anything in here will be replaced on browsers that support the canvas element

  • Audiografi
  • Pekeliling
  • Sebut Harga
  • Galeri
  • Program Sepenuh Masa
  • Videoagrafi
  • Perkhidmatan Kami
  • Program Separuh Masa
  • Statistik
  • e-Penyertaan
  • Makluman Semasa
  • Aktiviti Terkini
  • Penerbitan
  • Maklumat Korporat
  • Pengumuman
  • Infomasi ILPKL
  • Peluang Kerjaya
  • Penafian
  • Notis Hak Cipta
  • Dasar Privasi
  • Dasar Keselamatan
  • Terma & Syarat
  • Soalan Lazim
  • Peta Laman
  • Versi Mobile

Jumlah Pelawat Hari Ini: 56 | Minggu Ini: 410 | Bulan Ini: 3530 | Keseluruhan: 15083229

  • Kemaskini Pada : Isnin 28 April 2025, 15:03:07.
Hak Cipta Terpelihara © ILPKL 2015-2025. Reka bentuk khas untuk ILP Kuala Lumpur
Keratan Akhbar