Jabatan Elektrik, Komputer & Percetakan (JEKP) ILP Kuala Lumpur merupakan satu jabatan yang penting dalam menjalankan tanggungjawabnya untuk menghasilkan modal insan negara yang berkualiti dan berdaya saing. Graduat yang dihasilkan oleh JEKP ILP Kuala Lumpur sering mendapat permintaan tinggi dari sektor awam dan sektor swasta negara. Jabatan ini telah melahirkan ribuan graduan yang kompetitif sejajar dengan kehendak Visi dan Misi Jabatan. Dengan pengembangan pesat pembangunan negara, ILP Kuala Lumpur tidak ketinggalan dalam mengeluarkan tenaga mahir negara yang berkemahiran tinggi dan bersahsiah tinggi selaras dengan moto Jabatan sebagai Peneraju Kemahiran Terbilang.
Jabatan Elektrik, Komputer & Percetakan (JEKP) diterajui oleh seorang Ketua Jabatan yang dibantu oleh empat orang Ketua Bahagian disamping barisan tenaga pensyarah yang berkemahiran tinggi dan berpengalaman. Jabatan ini terdiri daripada empat bahagian iaitu:-
- Bahagian Teknologi Cetak & Grafik
- Bahagian Teknologi Komputer (Sistem)
- Bahagian Teknologi Elektrik
- Bahagian Teknologi Penyejukbekuan dan Penyamanan Udara
Jabatan ini menawarkan pengajian kemahiran di peringkat Sijil dan Diploma. Jabatan ini membekalkan pelajar dengan pelbagai kemahiran bagi membolehkan mereka menyesuaikan diri dengan persekitaran pekerjaan yang serba mencabar apabila tamat pengajian kelak. Antara program yang ditawarkan oleh jabatan ini adalah:-
- Sijil Teknologi Percetakan (Grafik)
- Sijil Teknologi Percetakan (Offset)
- Sijil Teknologi Komputer (Sistem)
- Sijil Teknologi Elektrik
- Sijil Teknologi Penyejukbekuan dan Penyamanan Udara
- Diploma Teknologi Elektrik Kuasa
Maklumat lanjut berkenaan program yang ditawarkan, sila KLIK DI SINI.