Jabatan Mekanikal (JM) ADTEC JTM Kampus Kuala Lumpur merupakan satu jabatan yang penting dalam menjalankan tanggungjawabnya untuk menghasilkan modal insan negara yang berkualiti dan berdaya saing. Graduat yang dihasilkan oleh JM ADTEC JTM Kampus Kuala Lumpur sering mendapat permintaan tinggi dari sektor awam dan sektor swasta negara. Jabatan ini telah melahirkan ribuan graduan yang kompetitif sejajar dengan kehendak Visi dan Misi Jabatan. Dengan pengembangan pesat pembangunan negara, ADTEC JTM Kampus Kuala Lumpur tidak ketinggalan dalam mengeluarkan tenaga mahir negara yang berkemahiran tinggi dan bersahsiah tinggi selaras dengan moto Jabatan sebagai Peneraju Kemahiran Terbilang.
Jabatan Mekanikal (JM) diterajui oleh seorang Ketua Jabatan yang dibantu oleh empat orang Ketua Bahagian disamping barisan tenaga pensyarah yang berkemahiran tinggi dan berpengalaman. Jabatan ini terdiri daripada empat bahagian iaitu:-
Bahagian Teknologi Pembuatan
Bahagian Teknologi Kimpalan Arka & Gas
Bahagian Teknologi Automotif
Bahagian Teknologi Penyelenggaraan Mekanikal
Jabatan ini menawarkan pengajian kemahiran di peringkat Sijil. Jabatan ini membekalkan pelajar dengan pelbagai kemahiran bagi membolehkan mereka menyesuaikan diri dengan persekitaran pekerjaan yang serba mencabar apabila tamat pengajian kelak. Antara program yang ditawarkan oleh jabatan ini adalah:-
Sijil Teknologi Pembuatan (Pemesinan)
Sijil Teknologi Kimpalan Arka dan Gas
Sijil Teknologi Automotif
Sijil Teknologi Mekanik Industri
Diploma Teknologi Automotif
Maklumat lanjut berkenaan program yang ditawarkan, sila KLIK DI SINI.
ADTEC JTM Kampus Kuala Lumpur @ILPKL Jabatan Tenaga Manusia Kementerian Sumber Manusia Jalan Kuchai Lama 58200 Kuala Lumpur
03-7981 7495 / 7496 03-7983 2987
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.