Jabatan Pengajian Am (JPA) adalah jabatan akademik sokongan yang bertanggungjawab membantu jabatan akademik induk dalam mengendalikan proses pengajaran dan pembelajaran. JPA mempunyai misi yang penting bagi menyediakan pendidikan secara formal dan tidak formal bagi modul Pendidikan Islam, Pendidikan Moral, Matematik Kejuruteraan, sains Kejuruteraan, Aplikasi Komputer dan juga Bahasa Inggeris.
Jabatan yang mempunyai misi yang penting ini disasarkan melahirkan warga ADTEC JTM Kampus Kuala Lumpur serta bakal tenaga kerja mahir yang berkeperibadian mulia dengan penerapan nilai-nilai Islam dan moral melalui proses pengajaran dan pembelajaran secara formal atau tidak. Ia juga bakal merealisasikan Falsafah Pendidikan Negara dalam mencapai wawasan yang diidamkan. Bagi aplikasi globalisasi, para pelajar didedahkan kepada penggunaan Bahasa Inggeris yang bakal melariskan mereka di pasaran kerja kelak. Ia bakal menaikkan imej Institut Latihan Perindustrian Kuala Lumpur dan para graduasi ke peringkat yang lebih baik.
Objektif
Melahirkan individu yang berilmu pengetahuan , berketerampilan dan berakhlak mulia serta berkebolehan menggunakan Bahasa Inggeris secara praktikal dan dalam penulisan
Memberi pendedahan agama dan moral serta melahirkan tenaga kerja yang berkebolehan, jujur, amanah serta bersahsiah mulia dan berperibadi profesional
Memberi kemahiran asas komputer untuk digunakan sepanjang pembelajaran di Politeknik
Menerapkan kemahiran matematik untuk digunakan dalam bidang kejuruteraan
Memberi pendedahan tentang sains untuk juruteknik yang menjurus kepada penggunaannya dalam bidang kejuruteraan
Menyepadukan ilmu-ilmu akademik dengan nilai-nilai murni seperti amanah, sikap bertanggungjawab dan berdikari bagi melahirkan individu yang mempunyai keterampilan dan sahsiah yang baik selari dengan Falsafah Pendidikan Negara
Meningkatkan kompetensi berkomunikasi pelajar-pelajar dalam Bahasa Inggeris Teknikal dalam memenuhi keperluan yang ditetapkan oleh Jabatan Tenaga Manusia
Tanggungjawab
Bertanggungjawab kepada Pengarah di Institusi Jabatan Tenaga Manusia dalam menyelaraskan kegiatannya institusi sebagaimana yang ditentukan.
Bertanggungjawab dalam penyediaan dan menjalankan program latihan bagi subjek umum mengikut keperluan yang diarahkan oleh Pengarah.
Bertanggungjawab secara terus tentang mutu dan keberkesanan program / latihan subjek umum yang dijalankan.
Merancang, merangka dan membangun kurikulum dan bahan latihan program subjek umum.
Bekerjasama dengan kakitangan yang diberi kuasa dalam Bahagian Pengurusan Latihan dalam penyediaan dan pembuatan alat bantuan pembelajaran.
Bekerjasama dengan Bahagian Pengurusan Latihan dalam penyediaan jadual-jadual kelas.
Mengendali kelas dan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengannya dan mengemaskini bahan latihan dan peralatan pembelajaran.
Menyertai aktiviti pentadbiran dan kebajikan / rekreasi dalam Bahagian Pengurusan Latihan.
Menyempurnakan lain-lain tugas atau menerima lain-lain tanggungjawab bagi kepentingan Bahagian Pengurusan Latihan dari masa ke semasa.
ADTEC JTM Kampus Kuala Lumpur @ILPKL Jabatan Tenaga Manusia Kementerian Sumber Manusia Jalan Kuchai Lama 58200 Kuala Lumpur
03-7981 7495 / 7496 03-7983 2987
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.