Bahagian Pembangunan & Penyelenggaraan Aset ILP Kuala Lumpur berperanan mengurus dan menyelaras pembangunan kemahiran dan penyelenggaraan aset di ILP Kuala Lumpur merangkumi keperluan dan kemudahan latihan (bangunan, kemudahan fizikal, mesin dan peralatan latihan).
FUNGSI:
Pada keseluruhannya, BPPA bertanggungjawab menyediakan perancangan pembangunan kemudahan latihan, pembangunan infastruktur, pengurusan dan penyelenggaraan aset agar program latihan kemahiran yang dijalankan lebih berkualiti, berkesan dan berjaya mencapai objektif penubuhannya.
Antara tugas dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan merangkumi aspek berikut:
PENGURUSAN ASET KERAJAAN
Mengurus , menyelia , memproses dan memantau perlaksanaan aktiviti Pembangunan dan Penyelenggaraan Aset bagi semua kemudahan dan infrastruktur di ILP Kuala Lumpur.
Menyelaras, mengurus, menyelia dan memantau Perolehan Stok, Inventori & Aset Institut di bawah seliaan Bahagian Pembangunan & Penyelenggaraan Aset.
Mengurus Keselamatan Bangunan & Harta Benda Institut.
Mengurus Proses Pelupusan Peralatan.
PENGURUSAN PEROLEHAN PERALATAN, BAHAN LATIHAN & PERKHIDMATAN INSTITUT
Merancang dan mengesyorkan pembelian, pembangunan peralatan dan bahan latihan termasuk kemudahan saintifik dan matematik, pembangunan dan kemudahan konvensional/fizikal, serta keperluan/kemudahan masa depan.
Terlibat sebagai Urusetia Jawatankuasa Sebut Harga Institut.
PENYELENGGARAAN
Mengawalselia dari semasa ke semasa semua kemudahan infrastruktur di UMS-Kal agar sentiasa dalam keadaan yang selamat, selesa, bersih dan bebas daripada kerosakan yang boleh membahayakan dan menjejaskan keperluan pelanggan serta imej ILP Kuala Lumpur.
Mengawalselia dari semasa ke semasa semua aset dan inventori BPPA supaya sentiasa dalam keadaan yang baik dan sempurna.
Memantau aktiviti Penyelenggaraan Peralatan.
Memantau aktiviti Penyelenggaraan Bangunan & Kemudahan Asas.
PEMBANGUNAN
Membuat perancangan, penyeliaan yang bersepadu selaras dengan kehendak pelanggan dan perkembangan semasa di ILP Kuala Lumpur.
Membuat Cadangan Pembangunan Infrastruktur & Naik Taraf Institut.
Institut Latihan Perindustrian Kuala Lumpur Jabatan Tenaga Manusia Kementerian Sumber Manusia Jalan Kuchai Lama 58200 Kuala Lumpur
03-7981 7495 / 7496 03-7983 2987
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.