Sukacita dimaklumkan bahawa pihak Institut Latihan Perindustrian Kuala Lumpur (ILPKL) sedang menjalankan pengambilan pelatih bidang Automotif untuk program Skim Latihan Dual Nasional (SLDN) bersama Syarikat SPANCO Malaysia Sdn. Bhd. Progam ini dijalankan selama 9 bulan bermula September 2018 hingga Jun 2019. Permohonan program ini dibuka sehingga 17 Ogos 2018 (Jumaat) dan berpeluang untuk ditawarkan pekerjaan di Syarikat SPANCO Malaysia Sdn. Bhd. selepas berjaya menamatkan latihan sepenuhnya.
SYARAT-SYARAT KEMASUKAN
Lelaki sahaja;
Berumur 17 hingga 25 tahun;
Lepasan SPM;
Boleh membaca, menulis dan mengira; dan
Penguasaan Bahasa Inggeris satu kelebihan.
KELEBIHAN PENYERTAAN
Tiada yuran pengajian (100% tajaan);
Asrama dan makan disediakan sepanjang tempoh latihan di ILPKL;
Pelatih akan diaugerahkan dengan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 selepas tamat pengajian; dan
Pelatih akan ditawarkan pekerjaan sebagai Mekanik Kenderaan selepas tamat pengajian;
Pelatih akan ditawarkan pekerjaan sebagai Mekanik selepas tamat pengajian;
Terhad kepada 10 orang pelatih sahaja.
Untuk maklumat lanjut sila whatsapp atau hubungi
Abdul Shokor bin Abd Talib Ketua Jabatan Mekanikal Servis 018-9722787.
Pengumuman
DiManaKami?
Institut Latihan Perindustrian Kuala Lumpur Jabatan Tenaga Manusia Kementerian Sumber Manusia Jalan Kuchai Lama 58200 Kuala Lumpur
03-7981 7495 / 7496 03-7983 2987
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.