Piagam Pelanggan Institusi Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM) yang baharu adalah selaras dengan kandungan Manual Kualiti MS ISO 9001:2015. Piagam Pelanggan ILJTM adalah:
BIL | Piagam Pelanggan | Bahagian | Bilangan Diterima | Bilangan Diproses dan Selesai | Peratus Pencapaian |
1 | Mengeluarkan tawaran kemasukan bagi kursus jangka panjang selewat-lewatnya tiga (3) minggu sebelum kursus bermula; | BPPL | 102 (Sesi 1/2023) | 102 (Sesi 1/2023) | 100% |
2 | Memastikan pelajar-pelajar ILJTM disahkan layak dianugerahkan sijil atau diploma berdasarkan keputusan jawatankuasa berkenaan dalam tempoh lapan (8) minggu selepas tamat sesi latihan bagi semester tersebut; | BKKL | 198 (Sesi 2/2022) | 198 (Sesi 2/2022) | 100% |
3 | Mengeluarkan surat tawaran kemasukan bagi kursus jangka pendek (KJP) selewat-lewatnya tiga (3) hari sebelum kursus bermula; | CESS | 817 | 817 | 100% |
4 | Memastikan peserta KJP yang mencatat peratus kehadiran melebihi 80% mendapat sijil dalam tempoh tujuh (7) hari selepas tamat berkursus; | CESS | 817 | 817 | 100% |
5 | Semua aduan diuruskan dalam tempoh lima belas (15) hari bekerja dari tarikh aduan diterima dan tujuh (7) hari bekerja dari tempoh menerima maklumat dari pihak ketiga. | Pegawai Aduan Pelanggan | 1 | 1 | 100% |