ms Bahasa Melayu en English

Institusi Latihan Perindustrian Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM) menawarkan program latihan kursus kemahiran teknikal vokasional, Sijil Kemahiran Malaysia (SKM), Diploma Kemahiran Malaysia (DKM), kursus jangka pendek separuh masa bidang teknologi kejuruteraan penyelenggaraan mekanikal, pemesinan, kimpalan arka gas, automotif, pendawaian elektrik, elektronik, komputer, percetakan, grafik, penyejukbekuan penyamanan udara. Rujuk senarai syarat kelayakan ditawarkan dan daftar borang permohonan kemasukan ILP.

  • Utama
  • Profile
    • Pengenalan Institut
    • Perutusan Pengarah
    • Misi, Visi & Objektif
    • Piagam Pelanggan
      • Janji Kami
      • Pencapaian Kami
    • Dasar & Objektif Kualiti
    • Logo dan Bendera Rasmi
      • Logo & Pengertian
      • Bendera Rasmi
    • Lokasi Kami
      • Peta Lokasi
      • Peta Kawasan
  • Organisasi
    • Pengurusan Tertinggi
    • Jabatan Mekanikal
    • Jabatan Elektrik, Komputer & Percetakan
    • Jabatan Pengajian Am
    • Jabatan Pengurusan Sumber
      • Bahagian Pusat Sumber & Multimedia
      • Bahagian Pengurusan Pelajar & Latihan
      • Bahagian Kawalan Kualiti & Latihan
      • Bahagian Pembangunan & Penyelenggaraan Aset
      • Bahagian Community and Employment Support Service
        • Unit Jaringan dan Kerjasama
        • Unit Pemasaran & Penerbitan
        • Life Long Learning
        • Unit Sokongan Industri Dan Kebolehkerjaan
    • Bahagian Pentadbiran & Kewangan
  • Program
    • Program Sepenuh Masa
      • Senarai Program
      • Panduan Kemasukan
    • Program Jangka Pendek
      • Pengenalan Program
      • Senarai Program
      • Cara Memohon
  • Kemudahan
    • Penginapan & Asrama
    • Dewan Kuliah Utama
    • Dewan Serbaguna
    • Perpustakaan
    • Dewan Makan
    • Sukan & Riadah
    • Pengangkutan
    • Surau Jumaat
    • Kedai Serbaneka BKSK
    • Internet & WiFi
  • Hubungi
    • Pegawai Maklumat
    • Direktori Pegawai
    • Carian Direktori Pegawai
  • EKSA ILPKL
  • ilpKLEMS

Pelawat

Gerbang Informasi Pelawat.

Bakal Pelajar

Gerbang Informasi Bakal Pelajar.

Pelajar

Gerbang Informasi Pelajar.

Kakitangan

Gerbang Informasi Kakitangan.

Makluman Terkini
TAWARAN BAGI TENDER PELUPUSAN ASET ALIH KERAJAAN BAGI JABATAN TENAGA MANUSIA
Tawaran Sebut Harga Pelupusan Aset Alih
Tawaran Sebut Harga Kerja Menyelenggara Sistem Pencegah Kebakaran

Perutusan Pengarah

  • Cetak
  • Emel
  • Maklumat Korporat
  • Infomasi ILPKL

assalamualaikum

Salam Sejahtera.

 

Syukur ke hadrat Ilahi, dengan izinNYA jua dapat kita berada dalam keadaan yang sihat serta aman damai di negara Malaysia yang kita cintai ini.

Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kuala Lumpur telah dibina pada tanggal 26hb Oktober 1964 dan dirasmikan oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong ke 3, Tuanku Syed Putra Ibni Almarhum Syed Hassan Jamalulail pada 9hb Mac 1965. Mengimbau kembali sejarah penubuhannya, ILP Kuala Lumpur adalah yang pertama ditubuhkan oleh kerajaan bagi mengendalikan latihan-latihan kemahiran secara formal di bawah Kementerian Buruh (kini Kementerian Sumber Manusia). Bermula dari pusat latihan kecil yang menjalankan kursus-kursus perantisan dalam beberapa bidang ketukangan tertentu seperti elektrikal, jurugegas, percetakan dan ketukangan kayu, ianya telah berkembang dengan pesatnya untuk menjadi salah sebuah institut latihan kemahiran awam yang tersohor. Dan hari ini, ILP Kuala Lumpur telah berkembang dengan menjadi penyedia bagi 12 jenis latihan kemahiran dalam pelbagai bidang iaitu Kimpalan, Pembuatan, Penyelenggaraan Mekanikal, Automotif, Elektrikal, Penyejukbekuan dan Penyamanan Udara, Penjaga Jentera Elektrik, Grafik, Percetakan, Elektronik Industri, Jaminan Kualiti, Komputer Sistem dan  Pemesinan CNC.

ILP Kuala Lumpur kini telah berusia 54 tahun. Sambutan Jubli Emas telah disambut pada 2014 yang lalu. Objektif sambutan Jubli Emas ILP Kuala Lumpur adalah untuk meraikan 50 tahun penubuhan ILPKL serta memperingati lakaran sejarah sebagai sebuah institut kemahiran pertama dibawah Jabatan Tenaga Manusia. Juga untuk mempromosikan ILPKL sebagai sebuah institusi penyedia latihan kemahiran yang melahirkan tenaga mahir dalam pelbagai bidang industri. Sambutan Jubli Emas ini juga adalah bagi menghargai jasa bekas Pengarah-Pengarah, pengajar dan pelajar yang telah menabur bakti bagi menaikkan nama dan imej ILP Kuala Lumpur. Majlis yang telah dirasmikan oleh YB Menteri Sumber Manusia itu juga dapat meningkatkan jalinan hubungan di antara pihak industri, agensi kerajaan dan swasta.

Sejajar dengan peredaran masa, teknologi menjadi semakin moden dan canggih, revolusi Industri 4.0 yang sedang dialami diseluruh dunia memberi kesan dan pengaruh kepada pelaksanaan latihan kemahiran di Malaysia. ILP Kuala Lumpur sentiasa peka terhadap keperluan industri terutamanya dalam melahirkan tenaga mahir yang berkebolehan dan berdaya saing dalam mengharungi revolusi industri 4.0 ini. Kita perlu memandang jauh ke hadapan dan tidak hanya duduk di tampuk lama dan menjadi pemerhati kepada setiap perubahan yang berlaku di sekeliling kita. Kita juga perlu sentiasa mengemaskini pengetahuan bukan sahaja dalam bidang kepakaran  kita, namun juga pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan dalam revolusi industri seiring dengan perkembangan teknologi global.

Dalam usaha membangunkan imej institut, ILP Kuala Lumpur komited dalam menyertai pelbagai pertandingan yang melibatkan para pelajar dan juga pengajar seperti Pertandingan Kemahiran Malaysia anjuran Jabatan Pembangunan Kemahiran dan Kementerian Kerja Raya Malaysia. Selain itu, ILP Kuala Lumpur juga tidak ketinggalan dalam menyertai pertandingan seperti Pertandingan Kreativiti & Teknologi Inovasi (CITEX), Pertandingan Robocon Kebangsaan, Pertandingan Robot Challenge (JTMRC), Pertandingan Go-kart dan Drag Racing. Bagi pembangunan sahsiah dan jati diri pelajar pula, aktivti kokurikulum dan badan beruniform seperti RELASIS (RELA Siswa Siswi), Kadet Bomba, Bulan Sabit Merah Malaysia dan JPAM dilaksanakan. Penerapan disiplin yang tinggi mampu melahirkan warga pelatih yang berketrampilan dan berwawasan.

Akhir kata, saya percaya bahawa ILP Kuala Lumpur akan muncul sebagai institut yang mampu bergerak seiring dengan institusi pengajian tinggi yang lain bagi melahirkan modal insan berkemahiran tinggi. Dengan persijilan EKSA yang diperolehi pada akhir 2017 yang lalu, ia mampu memberikan semangat kepada semua kakitangan untuk berkhidmat dengan lebih cekap dalam melaksanakan tugas seharian kita. Semoga usaha kita ini sentiasa dipermudahkan dan diberkati Allah SWT.

Sekian, terima kasih.

#ILPKL hebat…..

Mohd Raris Bin Mohamed Yusof
Pengarah ILP Kuala Lumpur

Profile Institut

  • Pengenalan Institut
  • Perutusan Pengarah
  • Misi, Visi & Objektif
  • Piagam Pelanggan
    • Janji Kami
    • Pencapaian Kami
  • Dasar & Objektif Kualiti
  • Logo dan Bendera Rasmi
    • Logo & Pengertian
    • Bendera Rasmi
  • Lokasi Kami
    • Peta Lokasi
    • Peta Kawasan

Di Mana Kami?

Institut Latihan Perindustrian Kuala Lumpur
Jabatan Tenaga Manusia
Kementerian Sumber Manusia
Jalan Kuchai Lama
58200 Kuala Lumpur

 03-7981 7495 / 7496
 03-7983 2987

 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

  • Laman Utama
  • Profile
  • Perutusan Pengarah
Audiografi
Fotografi
Videografi
Penerbitan
Pekeliling@JTM
Keratan Akhbar
Arkib Berita
Statistik
KSM
JTM
JobMalaysia
JPK
SkillsMalaysia
PTPK
UPU
MQA
MyIdeas
BPA
IIM
MSC
MDEC
MySMS
MyGOV
MAMPU

e-Penyertaan

  • Polisi e-Penyertaan
  • Dasar Terbuka Kerajaan
  • Terma Penggunaan Data Terbuka Kerajaan
  • Data Dictionary Sektor Awam (DDSA)
  • Perlindungan Data Peribadi
  • Soal Selidik

Aplikasi Atas Talian

  • Permohonan Kursus Jangka Pendek
  • ILPKL Event Management System (ilpKLEMS)
  • Permohonan Program Kerjasama PSMB
  • Edaran Keputusan Peperiksaan Pelajar
  • Permohonan Kemasukan ILJTM
  • Semakan Permohonan ILJTM
  • Semakan Temuduga ILJTM
  • Keputusan Peperiksaan Akhir ILJTM
  • Keputusan Peperiksaan ST
  • Kajian Pengesanan Kebolehkerjaan (eTOS)

Tags Popular

Anything in here will be replaced on browsers that support the canvas element

  • Statistik
  • Galeri
  • Aktiviti Terkini
  • Sebut Harga
  • e-Penyertaan
  • Audiografi
  • Makluman Semasa
  • Maklumat Korporat
  • Peluang Kerjaya
  • Infomasi ILPKL
  • Pengumuman
  • Videoagrafi
  • Penerbitan
  • Program Sepenuh Masa
  • Program Separuh Masa
  • Perkhidmatan Kami
  • Pekeliling
  • Penafian
  • Notis Hak Cipta
  • Dasar Privasi
  • Dasar Keselamatan
  • Terma & Syarat
  • Soalan Lazim
  • Peta Laman
  • Versi Mobile

Jumlah Pelawat Hari Ini: 11 | Minggu Ini: 508 | Bulan Ini: 2200 | Keseluruhan: 15081899

  • Kemaskini Pada : Isnin 28 April 2025, 15:03:07.
Hak Cipta Terpelihara © ILPKL 2015-2025. Reka bentuk khas untuk ILP Kuala Lumpur
Perutusan Pengarah