Kursus ini memberi penekanan kepada latihan teori dan amali dalam mereka bentuk dan membuat anggaran kos bagi kerja‐kerja elektrik, menggunakan peralatan ujian dan perlindungan pemasangan, peralatan industri, kendalian mesin dan sistem agihan bekalan, membuat pemasangan dan pemeriksaan bekalan elektrik, menyelenggara sistem pneumatik, hidraulik dan automasi, bekalan kecemasan, pengulang‐alik, kotak kawalan janakuasa dan kemahiran penyeliaan kerja‐kerja berkaitan elektrik.
TEMPOH LATIHAN:
24 bulan
KELAYAKAN AKADEMIK:
Warganegara Malaysia;
Boleh membaca, menulis dan mengira;
Berumur 17 hingga 35 tahun;
Mempunyai SPM/SPMV dengan LULUS Bahasa Melayu DAN mempunyai Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dalam salah satu bidang berikut:
C-051-3/ C-050-3 : Juruteknik Elektrik Kanan; atau
EE-320-3:2012: Three Phase Electrical Installation & Maintenance
memiliki Sijil Suruhanjaya Tenaga (ST) PW2/PW4
Lulus dalam temuduga yang dijalankan
Tidak buta/buta warna/rabun/pekak (tanpa alat bantuan)/bisu/cacat fizikal/anggota yang boleh menyukarkan kerja-kerja amali dan sesi pembelajaran.
PERSIJILAN:
Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) Tahap 4 ditauliahkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK);
Diploma Teknologi ditauliahkan oleh Jabatan Tenaga Manusia (JTM).
KETERANGAN KURSUS:
Kursus ini memberi penekanan kepada latihan teori dan amali dalam mereka bentuk dan membuat anggaran kos bagi kerja‐kerja elektrik, menggunakan peralatan ujian dan perlindungan pemasangan, peralatan industri, kendalian mesin dan sistem agihan bekalan, membuat pemasangan dan pemeriksaan bekalan elektrik, menyelenggara sistem pneumatik, hidraulik dan automasi, bekalan kecemasan, pengulang‐alik, kotak kawalan janakuasa dan kemahiran penyeliaan kerja‐kerja berkaitan elektrik.
PELUANG KERJAYA:
Pembantu Jurutera Elektrik atau Penyelia Jentera Elektrik bagi sektor industri yang mempunyai jentera elektrik voltan tinggi dan rendah atau Penyelia Penyelenggaraan elektrik dan bangunan.
ADTEC JTM Kampus Kuala Lumpur @ILPKL Jabatan Tenaga Manusia Kementerian Sumber Manusia Jalan Kuchai Lama 58200 Kuala Lumpur
03-7981 7495 / 7496 03-7983 2987
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.