Sepanjang tempoh latihan pelajar diberi pengetahuan dan kemahiran dalam rekacipta imej dan penyusunan perkataan / gambar sesuatu bahan untuk di cetak sebelum proses pemindahan imej ke filem . Ia menjurus kepada latihan teori / amali di samping pengetahuan tentang keselamatan,penggunaan komputer serta perisian ( software ) graphic , teknik rekacipta , teknik pengimbasan dan kaedah penyelenggaraan komputer serta kelengkapan lain. Pelajar didedahkan dengan latihan menggunakan perisian grafik seperti Adobe Illustrator, Adobe Photoshop, Adobe Indesign, QuarkXpress antara perisian yang diperlukan untuk menghasilkan grafik, susun atur dan filem yang akan digunakan untuk mencetak.
TEMPOH LATIHAN:
27 bulan
KELAYAKAN AKADEMIK:
Warganegara Malaysia;
Boleh membaca, menulis dan mengira;
Berumur 17 hingga 35 tahun;
Mempunyai SPM/SPMV dengan LULUS dalam Bahasa Melayu;
Tidak buta/buta warna/rabun/pekak (tanpa alat bantuan)/bisu/cacat fizikal/anggota yang boleh menyukarkan kerja-kerja amali dan sesi pembelajaran.
PERSIJILAN:
Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 1 hingga Tahap 3 ditauliahkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK);
Sijil Juruteknik Perindustrian (SJP) ditauliahkan oleh Jabatan Tenaga Manusia (JTM).
KETERANGAN KURSUS:
Dalam kursus ini, pelajar akan diajar menggunakan komputer Apple dan perisian yang berkaitan bidang penerbitan seperti Adobe Illustrator, Page Maker, Photoshop serta Quark Express. Merekabentuk grafik, membuat lay-out & memproses filem sebelum proses percetakan.
PELUANG KERJAYA:
Artis DTP (Desktop Publishing Artist) / Pereka Grafik atau pekerjaan lain yang berkaitan dalam bidang percetakan.
ADTEC JTM Kampus Kuala Lumpur @ILPKL Jabatan Tenaga Manusia Kementerian Sumber Manusia Jalan Kuchai Lama 58200 Kuala Lumpur
03-7981 7495 / 7496 03-7983 2987
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.