ms Bahasa Melayu en English

Institusi Latihan Perindustrian Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM) menawarkan program latihan kursus kemahiran teknikal vokasional, Sijil Kemahiran Malaysia (SKM), Diploma Kemahiran Malaysia (DKM), kursus jangka pendek separuh masa bidang teknologi kejuruteraan penyelenggaraan mekanikal, pemesinan, kimpalan arka gas, automotif, pendawaian elektrik, elektronik, komputer, percetakan, grafik, penyejukbekuan penyamanan udara. Rujuk senarai syarat kelayakan ditawarkan dan daftar borang permohonan kemasukan ILP.

  • Utama
  • Profile
    • Pengenalan Institut
    • Perutusan Pengarah
    • Misi, Visi & Objektif
    • Piagam Pelanggan
      • Janji Kami
      • Pencapaian Kami
    • Dasar & Objektif Kualiti
    • Logo dan Bendera Rasmi
      • Logo & Pengertian
      • Bendera Rasmi
    • Lokasi Kami
      • Peta Lokasi
      • Peta Kawasan
  • Organisasi
    • Pengurusan Tertinggi
    • Jabatan Mekanikal
    • Jabatan Elektrik, Komputer & Percetakan
    • Jabatan Pengajian Am
    • Jabatan Pengurusan Sumber
      • Bahagian Pusat Sumber & Multimedia
      • Bahagian Pengurusan Pelajar & Latihan
      • Bahagian Kawalan Kualiti & Latihan
      • Bahagian Pembangunan & Penyelenggaraan Aset
      • Bahagian Community and Employment Support Service
        • Unit Jaringan dan Kerjasama
        • Unit Pemasaran & Penerbitan
        • Life Long Learning
        • Unit Sokongan Industri Dan Kebolehkerjaan
    • Bahagian Pentadbiran & Kewangan
  • Program
    • Program Sepenuh Masa
      • Senarai Program
      • Panduan Kemasukan
    • Program Jangka Pendek
      • Pengenalan Program
      • Senarai Program
      • Cara Memohon
  • Kemudahan
    • Penginapan & Asrama
    • Dewan Kuliah Utama
    • Dewan Serbaguna
    • Perpustakaan
    • Dewan Makan
    • Sukan & Riadah
    • Pengangkutan
    • Surau Jumaat
    • Kedai Serbaneka BKSK
    • Internet & WiFi
  • Hubungi
    • Pegawai Maklumat
    • Direktori Pegawai
    • Carian Direktori Pegawai
  • EKSA ILPKL
  • ilpKLEMS

Pelawat

Gerbang Informasi Pelawat.

Bakal Pelajar

Gerbang Informasi Bakal Pelajar.

Pelajar

Gerbang Informasi Pelajar.

Kakitangan

Gerbang Informasi Kakitangan.

Makluman Terkini
TAWARAN BAGI TENDER PELUPUSAN ASET ALIH KERAJAAN BAGI JABATAN TENAGA MANUSIA
Tawaran Sebut Harga Pelupusan Aset Alih
Tawaran Sebut Harga Kerja Menyelenggara Sistem Pencegah Kebakaran

Soalan Kerap Ditanya

  • Cetak
  • Emel
  • Perkhidmatan Kami
  • Infomasi ILPKL
  • Pada masa kini, berapakah bilangan ILJTM di seluruh negara?

    Pada masa kini terdapat 27 buah ILJTM iaitu 4 ADTEC, 1 JMTi, dan 22 ILP. Terkini adalah di ILP Miri. Kesemuanya dibawah seliaan Jabatan Tenaga Manusia, Kementerian Sumber Manusia.
  • Adakah kursus yang ditawarkan di ILJTM sama?

    Ada yang dan ada yang tidak, contohnya kursus - kursus di ILP sama (bergantung kepada bidang), kursus - kursus di ADTEC juga sama manakala kursus - kursus yang ditawarkan di CIAST adalah untuk melatih calon sebagai tenaga pengajar dalam bidang kemahiran namun mereka juga masih berpeluang untuk bekerja selain dari tenaga pengajar.
  • Adakah lepasan ILJTM ini boleh melanjutkan pelajaran?

    Ya, lepasan pelajar dari ILJTM berpeluang untuk meneruskan latihan mereka samada di ILJTM sendiri ataupun di institusi latihan lain yang menawarkan kursus berteraskan kemahiran.
  • Adakah kursus - kursus yang dijalankan menjamin pekerjaan?

    Kesemua kursus - kursus yang dijalankan adalah berdasarkan kepada standard latihan yang ditetapkan oleh JPK. Kursus - kursus yang dijalankan juga sesuai untuk pekerjaan di sektor swasta (industri). Mengikut statistik kami, menunjukkan sejumlah 80 % dari lepasan ILJTM berjaya mendapatkan pekerjaan selepas 6 bulan tamat latihan dalam pelbagai sektor industri yang ada.
  • Dimanakah saya boleh dapatkan borang permohonan dan bila?

    Borang permohonan boleh didapati pejabat - pejabat pos dan di beberapa agensi lain yang akan diberitahu (sekiranya berkenaan). Ia dibuka pada bulan Mac dan September setiap sesi pengambilan.
  • Berapakah had umur untuk mengikuti latihan di ILJTM?

    JTM, pada dasarnya tidak menetapkan sebarang had umur untuk memboleh semua masyarakat untuk mengikuti latihan di ILJTM, sesuai dengan slogan pembelajaran sepanjang hayat. Namun demikian oleh kerana beberapa sebab tertentu seperti pemberian pinjaman dan sebagainya maka penetapan umur perlu ditetapkan iaitu antara 25 tahun hingga 30 tahun (bergantung kepada program yang ingin diikuti). Namun demikian, mereka yang tidak layak dengan had umur berkenaan masih boleh lagi mengikuti latihan dalam beberapa program seperti latihan jangka pendek yang ada ditawarkan di ILJTM.
  • Apakah jenis kursus - kursus yang dijalankan di ILJTM?

    Kursus - kursus yang dijalankan adalah kursus berteraskan kepada kemahiran, dimana penekanan terhadap kemahiran (antara 60 % hingga 70 %), manakala teori (antara 30 % dan 40 %).
  • Adakah JTM terlibat menyediakan kursus-kursus seperti di IPTA/IPTS?

    Tidak, JTM hanya terlibat dengan penyediaan program - program latihan bagi melatih pekerja - pekerja industri dan program melahirkan tenaga kerja mahir bagi keperluan industri.
  • Adakah bidang kemahiran yang dijalankan ini diiktiraf oleh JPK?

    Ya, semua kursus yang dijalankan di ILJTM diiktiraf oleh JPK dan satu bonus tambahan kepada mereka yang mengikuti latihan di ILJTM dimana terdapat penambahan terhadap subjek - subjek yang diajar supaya pelajar berkenaan lebih bersedia untuk menghadapi dunia pekerjaan kelak.
  • Berapakah jangkamasa untuk mengikuti latihan tersebut?

    Jangkamasa yang ditetapkan adalah antara 6 bulan dan 3 tahun 6 bulan. Namun ia bergantung kepada program yang ingin diikuti samada sijil, diploma dan diploma lanjutan.
  • Bagaimana memohon kursus Sepenuh Masa?

    Pengambilan pelajar untuk mengikuti latihan di Institut Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM) dilakukan dua kali setahun iaitu di dalam bulan Januari dan Julai. Calon-calon boleh memohon dengan mengisi borang atau melalui permohonan online ILJTM (melalui laman web Jabatan Tenaga Manusia). Iklan akan disiarkan di akhbar-akhbar tempatan biasanya tiga bulan (Mac dan September) sebelum pengambilan. Sila hantar borang permohonan tersebut ke ILJTM yang dipohon.

PERHATIAN!

  • Borang-borang permohonan tidak dijual di ILJTM (ILP, ADTEC, CIAST dan JMTI) dan Ibu Pejabat JTM, Putrajaya dan lokasi penjualan borang-borang adalah tertakluk kepada pindaan semasa.
  • Semua permohonan kemasukan yang dibuat adalah tertakluk kepada kursus-kursus yang ditawarkan pada sesi ini sahaja.
  • SEBARANG PERMOHONAN YANG TIDAK MERUJUK KEPADA IKLAN KURSUS INI TIDAK AKAN DILAYAN.
  • PIHAK JABATAN TENAGA MANUSIA ADALAH BERHAK UNTUK MENENTUKAN LOKASI PENGAJIAN BAGI SETIAP KURSUS YANG DIPOHON JIKA BERSESUAIAN

Dasar & Polisi

  • Penafian
  • Notis Hak Cipta
  • Dasar Privasi
  • Dasar Keselamatan
  • Terma & Syarat
  • Soalan Lazim
  • Peta Laman
  • Versi Mobile

Di Mana Kami?

Institut Latihan Perindustrian Kuala Lumpur
Jabatan Tenaga Manusia
Kementerian Sumber Manusia
Jalan Kuchai Lama
58200 Kuala Lumpur

 03-7981 7495 / 7496
 03-7983 2987

 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

  • Laman Utama
  • Soalan Lazim
Audiografi
Fotografi
Videografi
Penerbitan
Pekeliling@JTM
Keratan Akhbar
Arkib Berita
Statistik
KSM
JTM
JobMalaysia
JPK
SkillsMalaysia
PTPK
UPU
MQA
MyIdeas
BPA
IIM
MSC
MDEC
MySMS
MyGOV
MAMPU

e-Penyertaan

  • Polisi e-Penyertaan
  • Dasar Terbuka Kerajaan
  • Terma Penggunaan Data Terbuka Kerajaan
  • Data Dictionary Sektor Awam (DDSA)
  • Perlindungan Data Peribadi
  • Soal Selidik

Aplikasi Atas Talian

  • Permohonan Kursus Jangka Pendek
  • ILPKL Event Management System (ilpKLEMS)
  • Permohonan Program Kerjasama PSMB
  • Edaran Keputusan Peperiksaan Pelajar
  • Permohonan Kemasukan ILJTM
  • Semakan Permohonan ILJTM
  • Semakan Temuduga ILJTM
  • Keputusan Peperiksaan Akhir ILJTM
  • Keputusan Peperiksaan ST
  • Kajian Pengesanan Kebolehkerjaan (eTOS)

Tags Popular

Anything in here will be replaced on browsers that support the canvas element

  • Videoagrafi
  • Penerbitan
  • Perkhidmatan Kami
  • Aktiviti Terkini
  • Infomasi ILPKL
  • Peluang Kerjaya
  • Sebut Harga
  • Galeri
  • Statistik
  • Pekeliling
  • Pengumuman
  • Makluman Semasa
  • Audiografi
  • Maklumat Korporat
  • Program Separuh Masa
  • Program Sepenuh Masa
  • e-Penyertaan
  • Penafian
  • Notis Hak Cipta
  • Dasar Privasi
  • Dasar Keselamatan
  • Terma & Syarat
  • Soalan Lazim
  • Peta Laman
  • Versi Mobile

Jumlah Pelawat Hari Ini: 22 | Minggu Ini: 544 | Bulan Ini: 1217 | Keseluruhan: 15084593

  • Kemaskini Pada : Isnin 28 April 2025, 15:03:07.
Hak Cipta Terpelihara © ILPKL 2015-2025. Reka bentuk khas untuk ILP Kuala Lumpur
Soalan Lazim