ADTEC JTM Kampus Kuala Lumpur bertanggungjawab terhadap pembangunan dan perkembangan sukan dan rekreasi di Institut melalui pelaksanaan program sukan. Ia bertujuan menggalakkan perkembangan nilai-nilai hidup sihat di dalam diri kakitangan dan pelajar. Penekanan dan penglibatan program bercorak kecergasan fizikal dan mental ini supaya kakitangan dan pelajar dapat menilai kepentingan kecergasan terhadap nilai hidup dan seterusnya mendapat keseronokan dengan melibatkan diri di dalam aktiviti yang diadakan.
Aktiviti fizikal adalah penting untuk mengekalkan kecergasan tubuh dan kecerdasan minda. Justeru, ADTEC JTM Kampus Kuala Lumpur sangat komited dalam memberikan kemudahan sukan yang terbaik kepada seluruh warganya dengan membina kemudahan sukan. Kemudahan sukan yang terdiri daripada dewan serbaguna untuk pelbagai acara badminton, bola jaring, sepak takraw, bola tampar dan pelbagai jenis sukan sering menjadi tumpuan para pelajar yang aktif bersukan. Di samping itu, ADTEC JTM Kampus Kuala Lumpur juga memiliki padang bola, gelanggang futsal dan gelanggang tenis yang berkualiti sering menjadi tumpuan para pelajar dan pelawat. Kemudahan bersukan yang disediakan dalam Institut adalah untuk menggalakkan kakitangan dan pelajar menjalankan aktiviti sukan / riadah dan juga untuk tujuan pertandingan.
Oleh kerana kemudahan sukan yang lengkap, ADTEC JTM Kampus Kuala Lumpur telah menjadi tumpuan ramai lepasan sekolah untuk menyambung pelajar di sini. ADTEC JTM Kampus Kuala Lumpur menyediakan pelbagai jenis kemudahan sukan bukan sahaja untuk kegunaan di peringkat Institut tetapi juga di peringkat Jabatan. Para kakitangan dan pelajar ADTEC JTM Kampus Kuala Lumpur diberikan keutamaan untuk menggunakan kemudahan yang disediakan ini.
ADTEC JTM Kampus Kuala Lumpur @ILPKL Jabatan Tenaga Manusia Kementerian Sumber Manusia Jalan Kuchai Lama 58200 Kuala Lumpur
03-7981 7495 / 7496 03-7983 2987
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.