Peranan Jawatankuasa

Category: Organisasi Hits: 2822

JAWATANKUASA PEMANDU EKSA

  • Menentukan halatuju pelaksanaan EKSA.
  • Membentuk pelan pelaksanaan.
  • Merancang dan mengenalpasti belanjawan dan sumber kewangan.
  • Menetapkan polisi, peraturan dan garis panduan.
  • Mengenal pasti ahli-ahli jawatankuasa, pemudah cara dan ketua-ketua zon.
  • Menetapkan sistem penghargaan dan anugerah.
  • Memantau dan menilai kemajuan perlaksanaan (dengan bantuan JK Audit).
  • Memberi galakan untuk penyertaan dalam aktiviti EKSA (dengan bantuan JK Promosi).
  • Memperkasakan warga ILPKL dalam membudayakan EKSA di tempat kerja.

KOORDINATOR EKSA

  • Menyelaras dan menyediakan aktiviti induk EKSA.
  • Memantau pelaksanaan aktiviti EKSA di setiap Zon mengikut peraturan dan panduan yang digariskan.
  • Sebagai pemudah cara dalam pelaksanaan EKSA.
  • Memastikan latihan, promosi dan audit dilaksanakan mengikut perancangan.
  • Melaporkan pelaksanaan aktiviti EKSA dalam mesyuarat.

JAWATANKUASA LATIHAN EKSA

  • Mengenalpasti dan merancang program latihan kepada warga ILPKL.
  • Menyediakan pelan latihan bagi memupuk kefahaman konsep EKSA kepada semua warga kerja ILPKL.
  • Mengenalpasti jenis latihan yang diperlukan dari masa kesemasa bagi mengukuh aktiviti EKSA serta amalan peningkatan kualiti yang lain. (Keperluan latihan yang diperlukan boleh dirujuk kepada hasil keputusan audit dalaman EKSA).
  • Menyelaras dan memastikan setiap warga kerja diberi peluang untuk menghadiri latihan.

JAWATANKUASA AUDIT EKSA

  • Menyediakan kriteria senarai semak proses audit dan garis panduan pelaksanaan audit.
  • Melantik Auditor dalaman EKSA.
  • Merancang aktiviti audit dalaman EKSA.
  • Mencadangkan penambahbaikan terhadap kelemahan-kelemahan yang dikenalpasti semasa proses audit.
  • Melakukan pemeriksaan dan tindakan susulan jika perlu.
  • Menyediakan laporan keseluruhan audit kepada Jawatankuasa pemandu EKSA.
  • Menyemak kriteria audit dari masa kesemasa mengikut keperluan.
  • Memastikan Audit EKSA dijalankan secara sistematik dan berterusan.

JAWATANKUASA PROMOSI EKSA

  • Merancang dan menyediakan pelan perlaksanaan aktiviti promosi EKSA.
  • Merancang dan memperuntukkan perbelanjaan bagi memastikan aktiviti promosi dapat dilaksanakan sebagaimana yang dirancang.
  • Merancang dan menganjurkan pertandingan EKSA (kebersihan, poster, banner dan lain-lain).
  • Mencadangkan ganjaran yang bersesuaian kepada yang layak.
  • Menganalisis keberkesanan aktiviti promosi yang telah dilaksanakan.
  • Melaporkan status pelaksanaan aktiviti dan tahap kesedaran EKSA dalam kalangan warga kerja kepada Jawatankuasa Pemandu EKSA.

FASILITATOR EKSA

  • Membantu dan memantau Jawatankuasa Latihan, Promosi dan Audit di dalam aspek teknik implimentasi EKSA di setiap Zon.
  • Sebagai tempat rujukan berkenaan Amalan EKSA/5S.

KETUA ZON DAN SETIAUSAHA ZON

  • Sebagai urusetia mesyuarat Jawatankuasa EKSA peringkat Zon.
  • Menyelaraskan Program EKSA peringkat Zon.
  • Melaporkan kemajuan dan status pelaksanaan EKSA kepada fasilitator Zon.
  • Mencatat dan menyimpan rekod utama dan minit berkaitan dengan pelaksanaan EKSA.
  • Membantu pengurusan aktiviti promosi, latihan dan audit di peringkat Zon.
  • Menghebahkan maklumat terkini pelaksanaan EKSA dalam Zonmasing-masing.