slogan

Logo EKSA

Logo EKSA ILPKL

DEFINASI LOGO

KONSEP Berinspirasikan gabungan imej bumi hijau, air dan sumber tenaga yang mementingkan penjimatan tenaga, keprihatinan persekitaran, tindakan dan pencapaian sesebuah organisasi.
logo 1 Simbol Anak Panah Tiga 3R. Amalan 3R merupakan aktiviti amalan hijau yang diditerapkan di bilik kuliah/bengkel, pejabat dan persekitaran institut. Dengan melaksanakan program kitar semula secara tak langsung dapat meningkatkan kecekapan penjimatan sumber dan memelihara alam semula jadi. Warna biru melambangkan imej korporat, ketenangan dan lebih bersifat profesional. Biru muda lebih bersifat ketenangan fikiran dan membantu konsentrasi. Biru tua pula lebih bersifat merangsang pemikiran.
logo 2 Gabungkan plug pin dan helaian daun hijau mengujudkan penerapan konsep amalan hijau kepada seluruh warga institut ke arah penjimatan sumber tenaga secara optimum bagi meningkatkan kecekapan penggunaan elektrik di pejabat, bilik kuliah/bengkel dan persekitaran.
logo 3 Imej Tangan bermaksud simbol sokongan dimana pihak institut sentiasa menyokong idea kreativiti atau daya cipta dikalangan warga ILP Kuala Lumpur semasa melaksanakan tugas dan tanggungjawab masing-masing. Warna HIJAU pada tangan, plug pin dan daun menunjukkan warna asas kepada penerapan konsep amalan hijau dalam membudayakan EKSA dikalangan warga ILP KL. Tulisan EKSA bewarna merah menunjukkan penekanan perlaksanaan EKSA di ILP Kuala Lumpur bagi menujudkan persekitaran kondusif yang masih berteraskan Amalan 5S yang ditambah baik iaitu Sisih, Susun, Sapu, Seragam & Sentiasa Amal.
logo 4 Simbol air yang menitis ke tapak tangan. Air adalah salah satu sumber asas kehidupan yang penting dan patut di hargai. Dasar penjimatan air secara optimum secara tak langsung dapat memelihara sumber alam semula jadi bumi.
logo 5 Slogan yang ditulis secara melengkung. Dengan membudayakan EKSA yang diterapkan dikalangan warga institut terhadap penyampaian sistem perkhidmatan akan lebih bersifat mesra, prihatin dan memberi keselesaan semasa berurusan dengan pelanggan. Warna HITAM pada tulisan bermaksud kekuatan dan perlindungan. Tulisan ILP Kuala Lumpur bewarna emas menunjukkan kematangan ILPKL telah mencapai umur 50 tahun sejak pengujudanny
SLOGAN

“PERSEKITARAN KONDUSIF PEMANGKIN KECEMERLANGAN KEMAHIRAN”

Konsep EKSA

AMALAN 5S

EKSA merupakan penjenamaan semula Amalan 5S yang telah diguna pakai dalam sektor awam sejak tahun 2010. Amalan 5S merupakan istilah asal dalam Bahasa Jepun, yang jika diterjemahkan ke Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris akan membawa maksud seperti yang dinyatakan di dalam Jadual 1 di bawah:

Istilah 5S

ELEMEN BAHARU EKSA

Komponen utama dalam pelaksanaan EKSA masih berteraskan Amalan 5S yang ditambah baik di samping penambahan beberapa elemen baharu. EKSA bukan bertujuan untuk menggantikan konsep 5S yang diamalkan sebelum ini, sebaliknya menambah baik elemen 5S tersebut dengan menyokong kepada pewujudan persekitaran kerja yang lebih kondusif. Amalan 5S ditambah baik dengan menambah lima elemen baharu, iaitu:

Imej Korporat

Imej Korporat merujuk kepada identiti atau persepsi pelanggan/pihak berkepentingan terhadap persekitaran, tindakan dan pencapaian sesebuah organisasi. Nilai, etika dan norma kerja yang seragam dalam kalangan warga kerja amat diperlukan untuk mewujudkan budaya korporat yang positif. Selain ciri-ciri ini, EKSA juga turut menitikberatkan aspek keselamatan persekitaran di setiap jabatan/agensi sektor awam

Kreativiti Dan Inovasi

Dalam usaha untuk mempertingkatkan produktiviti di tempat kerja, EKSA menggalakkan warga jabatan/agensi membudayakan elemen kreativiti dan inovasi semasa melaksanakan tugas dan tanggungjawab masing-masing. Persekitaran sektor awam yang sering kali berubah mengikut peredaran masa menuntut pewujudan budaya organisasi yang dinamik berasaskan kreativiti dan inovasi. Warga jabatan/agensi digalakkan untuk sentiasa berfikir di luar kotak (out of the box) untuk menghasilkan persekitaran kerja yang kondusif dan selamat.

Amalan Hijau

Penekanan turut diberikan pada aspek Amalan Hijau di pejabat dengan melaksanakan program sep erti kitar semula dan meningkatkan kecekapan penggunaan tenaga ke arah penjimatan sumber. Aktiviti Amalan Hijau diharap dapat diterapkan kepada keseluruhan warga jabatan/agensi ke arah penggunaan sumber secara optimum.

Persekitaran Kondusif

Persekitaran kondusif adalah penting dalam memperkukuhkan budaya organisasi berprestasi tinggi dan inovatif dalam kalangan jabatan/agensi sektor awam. Amalan EKSA menggalakkan jabatan/agensi sektor awam memberikan penekanan pada penyampaian sistem perkhidmatan, mesra pelanggan dan memberi keselesaan semasa berurusan. Bagi pelanggan orang kurang upaya (OKU), kemudahan yang sesuai harus disediakan.

Kepelbagaian Agensi

EKSA memperkenalkan model penilaian dan pengauditan baharu yang merangkumi kriteria generik dan kriteria khusus dengan mengambil kira kepelbagaian premis jabatan/agensi kerajaan mengikut jenis perkhidmatan yang diberikan. Pendekatan yang dipraktikkan sebelum ini iaitu one size fits all didapati kurang mencakupi keperluan kepelbagaian jabatan/agensi kerajaan pada masa kini.

Pelaksanaan EKSA

DASAR

Amalan EKSA sebagai perangsang transformasi bagi mewujudkan persekitaran kerja yang selesa, kemas dan selamat sebagai peneraju latihan kemahiran Negara
EKSA ILPKL

VISI

Mewujudkan budaya kerja yang kondusif di ILPKL.
EKSA ILPKL

MISI

Membudayakan persekitaran yang kondusif menerusi amalan EKSA yang cekap dan berterusan mulai tahun 2016.
EKSA ILPKL

OBJEKTIF

  • Mewujudkan persekitaran kerja yang kondusif dan berkualiti.
  • Menggalakan aktiviti persekitaran hijau melalui pembudayaan amalan hijau.
  • Meningkatkan kesedaran dalam kalangan warga kerja terhadap kepentingan penjimatan air, tenaga serta kitar semula (Go Green).
  • Menggalakan aktiviti kreativiti dan inovasi.

More Articles ...

Audit Dalaman EKSA2.0 Siri 2/2019

16 - 17 Julai 2019

"SUDAHKAN ANDA BERSEDIA"