Aduan dan Maklumbalas Peta Laman
Image

Bahagian Pusat Sumber & Multimedia

Objektif

Merealisasikan objektif-objektif pusat dengan menyediakan perkhidmatan sokongan dan kemudahan-kemudahan khususnya dalam bahagian komputer, multimedia dan perpustakaan.

Ini termasuklah dalam penyediaan dan pengendalian latihan kepada semua kakitangan dan pelajar ADTEC JTM Kampus Kuala Lumpur dalam melahirkan tenaga kerja yang mahir dalam bidang Teknologi Maklumat bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran seiring dengan perubahan teknologi semasa. Bahagian Pusat Sumber & Multimedia (BPSM) terbahagi kepada dua bahagian iaitu:

Unit Teknologi Maklumat dan Multimedia

  1. Mengurus sistem rangkaian (LAN & WAN), komputer termasuk perisian dan perkakasan, pencetak, dan lain-lain teknologi maklumat Jabatan, pegawai dan kakitangan Institut Latihan Perindustrian Kuala Lumpur serta penyelenggaraannya;
  2. Mengurus sistem portal laman web, sistem emel, data pegawai dan pelajar, E-Learning dan projek ICT Institut Latihan Perindustrian Kuala Lumpur;
  3. Mengurus dan melaksanakan Sistem Pengurusan Latihan (TMS) di ADTEC JTM Kampus Kuala Lumpur;
  4. Mengurus peralatan AVA di Studio, Dewan Kuliah Utama dan Dewan Serbaguna;
  5. Menjadi urusetia penggambaran;
  6. Menyedia kursus ICT kepada masyarakat setempat;
  7. Menyelaras pengajaran Aplikasi Komputer kepada pelajar ILP Kuala Lumpur.

Perpustakaan

  1. Mengurus perpustakaan ADTEC JTM Kampus Kuala Lumpur sebagai tempat rujukan oleh pensyarah, pelajar dan peserta kursus;
  2. Menguruskan pembelian buku-buku, majalah serta bahan perpustakaan yang lain, termasuk membuat pesanan merekod, mengkatalog menghantar peringatan dan sebagainya;
  3. Mengesan dan mendapatkan maklumat artikel bahan perpustakaan yang diperlukan oleh pengguna perpustakaan;
  4. Mengurus kerja-kerja pentadbiran dan penyeliaan perkhidmatan perpustakaan seperti mengawal pinjaman bahan-bahan perpustakaan, taip-taip, menulis laporan dan sebagainya;
  5. Mengemaskini majalah-majalah untuk dijilid.

Fungsi

  1. Melahirkan tenaga pekerja mahir dan berketerampilan serta berdisiplin;
  2. Penyediaan pusat sumber dan multimedia yang lengkap dan kondusif;
  3. Penyediaan dan penyelenggaraan sistem maklumat yang cekap;
  4. Penyelenggaraan dan Pembangunan fizikal ICT;
  5. Menjadikan pusat sumber sebagai pusat mengumpul hasil karya ilmiah Institut;
  6. Menyediakan perkhidmatan kaunter yang mesra pengguna, cekap dan berkesan;
  7. Memastikan semua kakitangan dan pelajar Institut dapat menikmati kemudahan perkhidmatan Perpustakaan dan Pusat Komputer secara saksama.

ADTEC JTM KAMPUS KUALA LUMPUR
@INSTITUT LATIHAN PERINDUSTRIAN KUALA LUMPUR (ILPKL)

Jabatan Tenaga Manusia
Kementerian Sumber Manusia
Jalan Kuchai Lama
58200 Kuala Lumpur

Tel: 03-7981 7495 / 7496
Fax: 03-7983 2987

 

Paparan Terbaik

Paparan terbaik menggunakan pelayar web Google Chrome, Microsoft Edge, Firefox versi terkini.

Resolusi terbaik  1920 x 1080px untuk Desktop @ Laptop dengan zoom view 100%

Mobile Web

Imbas kod QR untuk laman web ADTEC JTM Kampus Kuala Lumpur

Imbas untuk akses melalui telefon pintar

Statistik Pelawat

Hari ini 353

Semalam 568

Minggu Ini 2,105

Bulan Ini 7,199

Keseluruhan 15,151,803