
Bahagian Kawalan Kualiti & Latihan
Fungsi Utama
- Menguruskan persijilan pelajar dan pusat bertauliah dalam melaksanakan Sistem Penilaian Berterusan dan Persijilan Kemahiran Malaysia.
- Menyelaras aktiviti Business Plan di peringkat ILP Kuala Lumpur.
- Menguruskan pendaftaran Pusat Pentauliahan bagi ADTEC JTM Kampus Kuala Lumpur.
- Merangka reka bentuk dan pembangunan kurikulum latihan.
- Menyelaras Jawatankuasa Penasihat peringkat Institut dalam pelaksanaan Persijilan Kemahiran Malaysia.
- Melaksanakan kerja-kerja penyelidikan dan pembangunan latihan vokasional di peringkat Institut.
- Menyelaras pelaksanaan CGPA.
- Menyelaras Kawalan Dokumen dan Pelaksanaan MS ISO 9001:2000.
- Mengawal mutu dan kawalan latihan mengikut standard NOSS / Silibus ILJTM.
- Memastikan pensijilan bagi kursus yang dijalankan mengikut keperluan industri untuk tujuan peningkatan kemahiran tenaga kerja sedia ada.
- Memastikan pensijilan bagi kursus yang dijalankan mengikut piawaian kemahiran kebangsaan (SKM, Suruhanjaya Tenaga, dan CIDB).
- Menentukan dan menetapkan kursus-kursus modular, customized, dan jangka pendek mengikut keperluan industri untuk tujuan peningkatan kemahiran tenaga kerja sedia ada.
- Membangun, menilai, menyelaras, dan mengembangkan kurikulum latihan kemahiran pengajar.
- Menyelaras, mengenal pasti, dan membangun kemahiran tenaga pengajar untuk bidang-bidang baharu.
- Menyedia, menyelaras, dan mengawal selia penggunaan Learning Guide, Written Instructional Material (WIM), Teaching Material, dan Teaching Aids.
- Menyelaras jadual peperiksaan.
- Menyelaras lawatan naziran dan PPL.
- Merekod keputusan penilaian dan peperiksaan.
- Menyelaras dan mengawal standard soalan dan kaedah penilaian.
- Mengurus Jawatankuasa Peperiksaan dan Persijilan.





