
Bahagian Pembangunan & Penyelenggaraan Aset
Objektif
Bahagian Pembangunan & Penyelenggaraan Aset(BPPA) ADTEC JTM Kampus Kuala Lumpur berperanan mengurus dan menyelaras pembangunan kemahiran dan penyelenggaraan aset di ADTEC JTM Kampus Kuala Lumpur merangkumi keperluan dan kemudahan latihan (bangunan, kemudahan fizikal, mesin dan peralatan latihan).
Fungsi & Tanggungjawab
Secara amnya, bahagian ini merancang pembangunan fasiliti dan menyelenggara infrastruktur untuk mewujudkan persekitaran latihan yang berkualiti tinggi dan berkesan. Bidang tugas utama dibahagikan kepada empat aspek berikut:
Pengurusan Aset Kerajaan
- Menyelia dan memantau pengurusan aset institut.
- Mengurus rekod perolehan stok dan inventori.
- Memastikan keselamatan harta benda dan bangunan.
- Mengendalikan prosedur pelupusan peralatan.
Perolehan & Bahan Latihan
- Merancang pembelian peralatan dan keperluan fasiliti institut.
- Bertindak sebagai Urusetia bagi Jawatankuasa Sebut Harga peringkat institut.
Penyelenggaraan
- Memantau keadaan infrastruktur agar sentiasa selamat dan selesa digunakan.
- Menyelenggara aset dan inventori supaya kekal dalam keadaan baik.
- Memantau kerja-kerja penyelenggaraan mesin dan peralatan.
- Menyelia penyelenggaraan prasarana dan kemudahan asas bangunan.
Pembangunan
- Merancang pembangunan fasiliti selari dengan keperluan dan piawaian semasa.
- Menyediakan dan mengemukakan cadangan projek naik taraf infrastruktur institut.





