Jabatan Elektrik, Komputer & Percetakan
Jabatan Elektrik, Komputer & Percetakan (JEKP) ADTEC JTM Kampus Kuala Lumpur merupakan satu jabatan yang penting dalam menjalankan tanggungjawabnya untuk menghasilkan modal insan negara yang berkualiti dan berdaya saing.
Graduan yang dihasilkan sering mendapat permintaan tinggi dari sektor awam dan sektor swasta negara. Jabatan ini telah melahirkan ribuan graduan yang kompetitif sejajar dengan kehendak Visi dan Misi Jabatan. Dengan pengembangan pesat pembangunan negara, ADTEC JTM terus komited mengeluarkan tenaga mahir bersahsiah tinggi selaras dengan moto jabatan sebagai Peneraju Kemahiran Terbilang.
Jabatan Elektrik, Komputer & Percetakan diterajui oleh seorang Ketua Jabatan yang dibantu oleh empat orang Ketua Bahagian di samping barisan tenaga pensyarah yang berkemahiran tinggi dan berpengalaman.
Struktur Bahagian
-
Bahagian Teknologi Cetak & Grafik
-
Bahagian Teknologi Komputer (Sistem)
-
Bahagian Teknologi Elektrik
-
Bahagian Teknologi Penyejukbekuan dan Penyamanan Udara
Program Ditawarkan
Membekalkan pelajar dengan pelbagai kemahiran di peringkat Sijil dan Diploma bagi menyesuaikan diri dengan persekitaran pekerjaan yang serba mencabar.
-
Sijil Teknologi Percetakan (Grafik)
-
Sijil Teknologi Komputer (Sistem)
-
Sijil Teknologi Elektrik
-
Sijil Teknologi Penyejukbekuan dan Penyamanan Udara
-
Diploma Teknologi Elektrik Kuasa





