Aduan dan Maklumbalas Peta Laman
Image

Jabatan Mekanikal

Jabatan Mekanikal (JM) ADTEC JTM Kampus Kuala Lumpur merupakan satu jabatan yang penting dalam menjalankan tanggungjawabnya untuk menghasilkan modal insan negara yang berkualiti dan berdaya saing.

Graduan yang dihasilkan oleh JM sering mendapat permintaan tinggi dari sektor awam dan sektor swasta negara. Jabatan ini telah melahirkan ribuan graduan yang kompetitif sejajar dengan kehendak Visi dan Misi Jabatan. Dengan pengembangan pesat pembangunan negara, ADTEC JTM terus komited mengeluarkan tenaga mahir bersahsiah tinggi selaras dengan moto jabatan sebagai Peneraju Kemahiran Terbilang.

Jabatan Mekanikal diterajui oleh seorang Ketua Jabatan yang dibantu oleh empat orang Ketua Bahagian di samping barisan tenaga pensyarah yang berkemahiran tinggi dan berpengalaman.

Struktur Bahagian

  • Bahagian Teknologi Pembuatan
  • Bahagian Teknologi Kimpalan Arka & Gas
  • Bahagian Teknologi Automotif
  • Bahagian Teknologi Penyelenggaraan Mekanikal

Program Ditawarkan

Membekalkan pelajar dengan pelbagai kemahiran bagi menyesuaikan diri dengan persekitaran pekerjaan yang serba mencabar.

  • Sijil Teknologi Pembuatan (Pemesinan)
  • Sijil Teknologi Kimpalan Arka dan Gas
  • Sijil Teknologi Automotif
  • Sijil Teknologi Mekanik Industri
  • Diploma Teknologi Automotif
Maklumat Lanjut Program

ADTEC JTM KAMPUS KUALA LUMPUR
@INSTITUT LATIHAN PERINDUSTRIAN KUALA LUMPUR (ILPKL)

Jabatan Tenaga Manusia
Kementerian Sumber Manusia
Jalan Kuchai Lama
58200 Kuala Lumpur

Tel: 03-7981 7495 / 7496
Fax: 03-7983 2987

 

Paparan Terbaik

Paparan terbaik menggunakan pelayar web Google Chrome, Microsoft Edge, Firefox versi terkini.

Resolusi terbaik  1920 x 1080px untuk Desktop @ Laptop dengan zoom view 100%

Mobile Web

Imbas kod QR untuk laman web ADTEC JTM Kampus Kuala Lumpur

Imbas untuk akses melalui telefon pintar

Statistik Pelawat

Hari ini 354

Semalam 568

Minggu Ini 2,106

Bulan Ini 7,200

Keseluruhan 15,151,804