Aduan dan Maklumbalas Peta Laman

Informasi Bahagian Pengurusan

Image

Objektif Bahagian

Bahagian ini bertanggungjawab dalam hal ehwal yang berkaitan dengan pentadbiran dan pengurusan umum Institut termasuk pentadbiran pejabat, pentadbiran kakitangan, kursus, kewangan, pengawalan stor, pemeliharaan kenderaan dan bangunan perkhidmatan, perjawatan, gaji, penilaian prestasi, perbelanjaan, disiplin dan lain-lain yang berkaitan dengan pembangunan insan.

Berperanan memberikan perkhidmatan yang efisyen dan meningkatkan keberkesanan pentadbiran, pengurusan sumber tenaga manusia, kewangan, dan ICT di ADTEC JTM Kampus Kuala Lumpur secara telus, cepat, tepat, dan teratur mengikut piawaian nasional.

Fungsi: Pentadbiran

#1. Berusaha meningkatkan sistem pentadbiran dan pengurusan bagi mencapai kecekapan dan keberkesanannya.

#2. Menyelaras dan menyusun tugas dan tanggungjawab pegawai dan kakitangan dalam Institut.

#3. Mempertingkatkan dan memperbaiki sistem, kaedah, peraturan serta prosedur kerja bagi mencapai kecemerlangan.

#4. Mempertingkatkan sistem maklumat, pengurusan fail terbuka dan terperingkat, serta sistem rekod perkhidmatan.

#5. Menguruskan perkhidmatan kakitangan seperti perjawatan, persaraan dan kenaikan pangkat.

#6. Melaksanakan pengurusan pentadbiran am seperti urusan surat-menyurat, kebersihan, dan keselamatan pejabat.

#7. Menguruskan permohonan tempahan dan penyelenggaraan Kenderaan Jabatan dan kenderaan rasmi.

#8. Menjalin hubungan dengan pihak dalam dan luar Institut dalam melaksanakan dasar-dasar institut dan kerajaan.

#9. Menghadiri mesyuarat dengan agensi-agensi kerajaan dan swasta jika diperlukan.

Fungsi: Kewangan

#1. Menguruskan hal-hal berkaitan kewangan seperti perbelanjaan mengurus dan perbelanjaan pembangunan.

#2. Urusan Penyediaan Laporan Bajet Secara Bulanan dan Tahunan Kepada Kementerian Sumber Manusia.

#3. Menyelaras perakuan bagi kelulusan Pegawai Pengawal atau Perbendaharaan.

#4. Mengurus pembayaran Peruntukan Pembangunan, Waran Peruntukan, dan Pindah Peruntukan.

#5. Menyediakan dan mengemukakan penyata penyesuaian Bulan Vot akaun pusat ke JANM.

#6. Menyediakan laporan perbelanjaan suku tahun kepada pihak Perbendaharaan.

#7. Bertindak sebagai Urus setia kepada Jawatankuasa Pengurusan Kewangan dan Akaun.

ADTEC JTM KAMPUS KUALA LUMPUR
@INSTITUT LATIHAN PERINDUSTRIAN KUALA LUMPUR (ILPKL)

Jabatan Tenaga Manusia
Kementerian Sumber Manusia
Jalan Kuchai Lama
58200 Kuala Lumpur

Tel: 03-7981 7495 / 7496
Fax: 03-7983 2987

 

Paparan Terbaik

Paparan terbaik menggunakan pelayar web Google Chrome, Microsoft Edge, Firefox versi terkini.

Resolusi terbaik  1920 x 1080px untuk Desktop @ Laptop dengan zoom view 100%

Mobile Web

Imbas kod QR untuk laman web ADTEC JTM Kampus Kuala Lumpur

Imbas untuk akses melalui telefon pintar

Statistik Pelawat

Hari ini 354

Semalam 568

Minggu Ini 2,106

Bulan Ini 7,200

Keseluruhan 15,151,804