Program Memasak dan Agihan Bubur Lambuk 1447H/2026 merupakan sebuah program kemasyarakatan yang dianjurkan bagi menyemarakkan semangat kebersamaan serta amalan berkongsi rezeki dalam kalangan masyarakat, khususnya sepanjang bulan Ramadan yang penuh keberkatan. Program ini melibatkan aktiviti memasak bubur lambuk secara gotong-royong sebelum diagihkan kepada warga kampus dan masyarakat setempat sebagai juadah berbuka puasa. Program ini merupakan anjuran bersama Kelanasiswa Malaysia ADTEC KL, AADK Daerah Brickfields, SKUAD Antidadah Brickfields serta Rakan Surau ADTEC JTM Kampus Kuala Lumpur. Penganjuran program ini diharap dapat mengeratkan hubungan kerjasama antara agensi dan komuniti di samping memupuk nilai kesukarelawanan, semangat kerjasama dan keprihatinan sosial dalam kalangan peserta yang terlibat. Selain itu, program ini juga dapat menjadi platform untuk mendekatkan peserta dengan masyarakat serta memberi pendedahan kepada kepentingan aktiviti kebajikan dan kemasyarakatan. Melalui pelaksanaan program ini, diharapkan ia dapat memberi manfaat kepada semua pihak yang terlibat serta menyumbang kepada pembentukan masyarakat yang lebih prihatin, bersatu padu dan harmoni.
Kelanasiswa Malaysia ADTEC KL AADK Daerah Brickfields Rakan Surau ADTEC JTM Kampus Kuala Lumpur
12/03/2026 (Thursday) / 08:00 AM
until
12/03/2026 (Thursday) / 05:00 PM
ADTEC JTM KAMPUS KUALA LUMPUR
ADTEC JTM KAMPUS KUALA LUMPUR
9 Jam
Hari Bekerja
FREE
No Data
No Data
PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT (CSR) | Face to Face
Semua Ahli Kelanasiswa Semua Pemimpin Kelanasiswa Pelajar Pegawai & Kakitangan
60379817495
bahari@jtm.gov.my
Update on 2026-03-13 09:33:52